Wahh!!...Berdua-duaan dalam kereta?..Ooooppssss.... :)
[ KERANA MU ACMC ]
Hari sabtu dan ahad memang sesuai sangat
untuk pusing pusing semua outlet Anis Choc Moist Cake..Kalau nak pergi
hari lain mungkin terikat dengan kerja dan sebagainya...
Lepas
maghrib tadi dengan semangat yang tinggi membukit dan harapan yang
tinggi menggunung telah menjelajah ke semua outlet outlet bagi
mempastikan stok Anis Choc Moist Cake tidak kosong di atas rak ..
Alhamdulillah yang kosong kami tambah dan kami ambil duit .Memang
berbaloi baloi...dalam masa 2 , 3 hari sahaja ACMC habis di ngap malah
ada outlet yang tak sampai 1 hari dah habis dibelasah penggemar
ACMC...Terima kasih tak terhingga lah...syukur pada Allah..sebelum ini
mmg kami tak huru hara sebegini...tetapi selepas diperkenalkan dan
menjadi separuh dari keluarga Anis Cmc
kehidupan kami sekeluarga memang kelam kabut yang seronok
teramat..seronok bila mana kita dapat menambah nilai hidup orang lain
..seronok juga apabila melihat penggemar ACMC tersenyum riang selepas
menikamati kek ACMC..
Dan dalam masa saya menulis cerita ini saya
masih berada di luar rumah..mungkin anak anak kami yang berempat itu
sedang lena dibuai mimpi yang indah indah...sekali lagi syukur pada
Allah kerana kurniakan kepada kami anak anak yang hebat...anak anak
mungkin telah faham dengan keadaaan kami...bukan senang nak jadi
senang...
Mlm ni kami memang merasa huru hara yang agak mencabar disebabkan
ACMC ini..selepas jam 1.05 pagi kami tiba dirumah...dengan hati yang
gembira berbunga bunga dek hampir semua kek ACMC telah habis dibelasah
pelanggan...tiba tiba kami terperasan yang kunci rumah tiada dalam
simpanan...sah sah kunci rumah berada di dalam rumah...dan kami akan
menikmati malam ini di dalam kereta di bawah garage ...mujur lah cuaca
malam ni agak dingin...semasa saya post cerita ini saya masih berada
dalam kereta...heheheh...sekali sekala menikmati malam yang indah
berlapikkan kusyen kereta dan ber acond kan tiupan angin ...mmg
seronok...Sungguh hebat kuasa mu Ya Allah...
Selamat malam salam sayang dari dalam kereta...semua orang tak mungkin merasai pengalaman sebegini...hehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment