Saturday, October 26, 2013

SHARING IMKK YANG MENUSUK KALBU..

SHARING IMKK YANG MENUSUK KALBU..

Cerita Kak Iza, semasa sesi menulis surat untuk orang tersayang itu..teman baru di sebelahnya itu mula-mula menangis sikit-sikit..tapi lama kelamaan sampai teresak-esak...Sampai dipeluk-peluknya Kak Iza..

Rupanya temannya itu menyimpan kenangan yang sangat mengharukan.Ceritanya,dulu semasa dia ingin berkahwin dengan suaminya,dia mendapat tentangan dari ibu bapanya.Tetapi dia meneruskan juga perkahwinan itu..

Sebaik selesai saja majlis perkahwinan itu,suaminya membawa dia keluar dari rumah ibu bapanya. Sejak itulah suaminya tak membenarkan dia pulang dan balik menjenguk kedua ibu bapanya di kampung.Dan sekarang umur perkahwinan mereka ialah 22 tahun.Betapa lamanya dia menanggung kerinduan terhadap ibu bapanya...

Tetapi sebenarnya..dan sangat mengharukan, ibu bapanya ini sebenarnya telahpun meninggal dunia beberapa tahun lalu..Pergi tanpa sempat mereka bersua muka dan melepaskan kerinduan dan kemaafaan..MasyaAllah..tidak dapat dibayangkan,kalaulah kita yang mengalami situasi macam itu..Terasa bersyukur sangat-sangat kan kita mempunyai suami yang benar-benar memahami dan bertimbang rasa..Terima kasih Ya Allah kerana memberi kami semua suami yang AWESOME!!...

Semoga kita belajar sesuatu dari kisah ini..terutamanya untuk para suami, tak kisahlah jika sebenar-benarnya memang ibu bapa mertua itu yang salah,tetapi fahamilah mereka,.sayangilah mereka..maafkanlah mereka kerana mereka ini sudah tua..mereka pun mungkin sudah memaafkankita dan menunggu kepulangan kita..Kasihanilah ibu bapa yang dalam kerinduan ini..

Kalau anda kaya dan berjaya macamana sekalipun,tetapi jika tidak memaafkan ibu bapa ini..pasti anda saja yang tahu betapa di dalam hati anda tak terasa keberkatan dan keindahan kejayaan anda itu.Dan....the law of what u give u get back MORE memang sangat-sangat benar..Jangan pula terkena pada batang hidung sendiri pula suatu hari nanti..

0 comments:

Post a Comment