MASTER YOUR BUSINESS (PART 2)
Harini kita sambung Master Your
Business Semester Ke 2 okay. Tapi ada syarat tau..siapa yang baca dan
belum ke kelas-kelas Dr.Azizan Osman, digalakkan masuk ke kelas Mentor
kami ni ok. Minggu depan 26hb ada kelas percuma 'Magnet Kekayaan'. Siapa
yang suka artikel ni diharap dapat luangkan masa mencari ilmu di kelas
tersebut okay..untuk info boleh didapati di FB Page: Alumni Program Dr
Azizan Osman.
1. STRUKTUR ORGANISASI
$ Dr. Azizan
mengajar kami untuk membuat carta organisasi. Rupanya ramai yang
mendapat banyak manafaat dari topic ini kerana ramai yang belum buat
untuk syarikat mereka.
$ Ada 5 ANCHOR department yang perlu ada dalam sesebuah organisasi iaitu MARKETING, SALES,OPERATION,FINANCE & HR/ADMIN.
$ Bagi yang baru daftar syarikat juga perlu ada carta organisasi ini
walaupun di bawah kelima-lima department ini semuanya nama kita sendiri.
It's okay pada permulaan, inipun salah satu cara kita THINK BIG kerana
kita expect in future kita akan ada staff untuk kesemua deparment ini.
$ Orang pertama dan paling penting perlu diambil ialah HR/ADMIN kerana
semua proses perniagaan akan bermula dengan adanya HR/Admin.
$ Apa tugas Marketing Department?
Tugasnya adalah untuk
'memberitahu' orang yang tidak tahu (fresh customers) tentang produk
kita. Ataupun in English, to convert people from not knowing to know us.
$ Apa tugas Sales Department?
Tugasnya adalah untuk 'close sales' bagi pelanggan-pelanggan yang di tarik oleh Marketing Department.
$ Kata Dr.Azizan, kalau management bagus, susah bisnes nak jatuh.
2. FIXED SEDEKAH
Sebenarnya topic ini kami belajar under tajuk PERBELANJAAN. Ada 6 jenis
KOS TETAP (Fixed Cost) iaitu Gaji, R&D, Training, Technology
Investment, People's Investment dan paling best yang tak diajar di
kelas-kelas lain ialah INVESTMENT IN CONTRIBUTION.
Saya rasa masa
Dr.Azizan sentuh tentang topic investment in contribution ni,
kebanyakan dalam kelas macam terpaku..tak pernah tahu pulak tentang
konsep ini. Kita semua dah tahu tentang sedekah, tapi tak diajar pulak
sampaikan perlu ada istilah 'FIXED SEDEKAH'. Saya rasa tips ini paling
senang nak buat dan paling cepat boleh dibuat. Jumlah tu tak kisah yer,
berapa pun tak apa jumlah contribution kita itu..asalkan setiap bulan
amountnya mesti sama.
Yang bestnya ada yang bertanya, boleh tak kita contribute dalam
bentuk bukan wang mungkin dalam bentuk energy? Kata Doc, boleh je kalau
nak contribute tenaga,masa, senyum, kasih sayang dan sebagainya. Tapi
macam ni lah..u nak ke kalau u bagi LOVE saja..Allah balas LOVE
saja?..Hehe..faham kan?..
Kata guru kami lagi, lebih banyak u
naik..u kena lebih banyak buat charity. Pesanan tu untuk kita lah tu,
sebab kita akan naik dan naik dan naik lagi...Betul tak uols?...
Lagi satu ILMU yang 'BEST GILER' ialah, kalau u tahu kebaikan memberi
makan kepada orang, u akan berebut bagi makan kepada ramai orang. Allah
akan tambah 1 juta nilai u dan Allah akan tarik 1 juta keburukan u!..
3.LEADERSHIP
$ Atau perkataan asalnya ialah LEAD the SHIP.
$ Seorang leader berkebolehan mendapatkan RESULT.
$ Leadership adalah 'action', bukan 'position'.
$ Betapa pentingnya kekuatan 'leadership' bagi setiap leader atau owner
adalah kerana dapat membawa bisnes dari point A ke point B. Dari bisnes
kecil-kecil menjadi besar!
$ Dan kena fikir,adakah kita sebagai
ower of the company adalah ASSET atau LIABILITI dalam bisnes u. ( Saya
adalah ASSET company ! )
$ Paling penting, seorang great business
owner perlu ada matlamat yang jelas. Perlu set kemana kita nak sampai
dan berapa nak capai.
$ Business owner perlu 'solve problem'. Never say it's not my
business bila masalah timbul. Dia kena ingat, my business is my problem.
$ Kemahiran untuk menjadi leader boleh dipraktis dan dipelajari, lama-lama akan pandai. Bukan sesuatu yang 'gifted'.
$ Perkongsian oleh Pn Yasmin, "Business owner adalah macam kapten
kapal.Dia mesti tahu mana nak pergi, pulau mana yang nak pegi, berapa
jauh lagi nak sampai. Dia patut berada di atas. Jangan sibuk bekerja
dengan kelasi kapal. Nanti tak nampak batu karang di depan. Kalau kapten
kapal tak nampak batu karang di depan, bila terlanggar dan kapal pun
bocor..Akhirnya bila bocor,kapal akan karam di tengah lautan"..Fuh,
simbolik dan menakutkan pulak...kan...Jadi, fahamlah yer, apa yang kita
perlu buat..
$ Last sekali, yang paling saya suka...A great businessman tak akan buat kerja yang rendah nilainya.
4. PRODUK/SERVIS
$ A great business owner perlu offer produk/servis yang terbaik.
$ Kualiti produk/servis kita menentukan 90% kejayaan bisnes kita.
$ Kualiti produk/servis kita menentukan keuntungan kita.
$ Inilah nadi reputasi seorang business owner.
$ Macamana nak menilai tahap kejayaan bisnes anda? Paling senang sekali
iaitu...Berapa kali pelanggan anda kata " This is a great product !.."
$ Kami belajar tentang WOW EFFECT. Iaitu sesuatu pengalaman pelanggan
yang 'beyond expectation'. Kalau dapat effect ini, u akan rasa
'priceless'..best sangat, kababooom!!..
5. THINKING
$ Pekerjaan paling penting untuk seorang business owner ialah BERFIKIR @ THINKING!...
$ Seorang leader sepatutnya seorang yang mempunyai kebolehan BERFIKIR.
$ Bukan setakat BERFIKIR, tetapi PEMIKIRAN YANG BERKUALITI.
$ Kualiti pemikiran seseorang business owner merupakan faktor paling hebat membawa kepada kejayaan bisnesnya!!..
$ Perlu ada masa untuk BERFIKIR tentang perjalanan bisnes.
$ More space, more energy.
$ Kebolehan dan kemahiran BERFIKIR adalah pekerjaan yang paling tinggi gajinya dalam dunia!
$ Kita perlu BERFIKIR macam seseorang yang kita 'admire most' bila kita berhadapan dengan cabaran.
$ A great business owner is a GREAT THINKER!
Okay itu saja untuk kali ini..Jangan lupa ke kelas Dr.Azizan yer..Point
di atas ni cuma basic jer..kalau pegi kelas lagi laaa...Vasssss bisnes
uols nanti tau!..
Assalamualaikum, set your business goals today okay guys... : )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment