SERINGGIT JER....
Dulu...saya mula belajar bersedeqah di
tempat kerja saya kerana peminta-peminta derma ni suka sangat
beramai-ramai ke ruang legar ofis saya setiap hujung bulan atau hari
gaji..Macam tau-tau saja.. (dalam hati saya).Mula-mula saya buat donno
je, buat-buat tak faham...maklumlah kerja hebat lah sangat..tapi 'tak
berapa cukup'..
Dalam hati berkata, Allah tak marah kot kalau tak
bagi..., sebab untuk keperluan keluarga pun tak cukup..Lagipun itukan
derma..bukan paksaan, kena bagi dengan ikhlas hati kan...
Tapi
makin lama baru terperasan, seorang ofis mate ni, Suzette
namanya..setiap hujung bulan dia pasti menderma, yang nampak setiap
hujung bulan la, yang tak nampak sure byk lagi tu . (Thank u Suzette for
the lesson!)..dan dia ni mmg dah kaya raya dari dulu-dulu lagi..
Patutlah kami dulu sentiasa BOCOR..Masuk sikit bocor sikit..masuk
banyak bocor banyak..macam tu lah silih berganti..Tapi sejak dah faham
tentang bersedeqah alhamdulillah..seronoknya..rupanya inilah punca
kekayaan..kena banyak memberi..memberi..memberi...
Dulu beri
sebulan sekali..masuk pun sebulan sekali..Alhamdulillah Bila start beri
seminggu sekali..masuk pun seminggu sekali..Syukur..Sekarang, dah tak
senang hati kalau tak cuci kolam hari-hari..kerana barulah masyuk pun
hari-hari ..
A soft reminder untuk adik-adik yang baru nak
berbisnes..Walaupun bisnes belum bersinar-sinar sgt lagi..Kolam tu
kenalah cuci hari-hari..kata nak masyuk hari-hari...
Cucilah kolam tu macamana pun ATLEAST kena keluarkan seringgit saja
sehari consistently setiap hari..Senang je seringgit tu, setiap hari
masukkan di tabung mesjid ke..ataupun sedeqah kat budak2..anak
kawan-kawan ke..anak2 jiran ke..ataupun setiap kali kita bershopping
hari tu..lebihkanlah seringgit utk makcik nasi lemak ke, abg keropok
lekor ke, atau abg jual ikan kat pasar tu ke..ishhh..mesti mereka ni
terharu..kerana selama ni customer asyik mintak kurang je, ni makhluk
planet mana pulak ni, lain dari yang lain...
Yang penting mmg
kena beri..beri..beri..cobsistently..Dah tak nak dengar ada yg kata,
bisnes tak ok lagi..gaji saya kecik...nak hidup pun tak cukup...Siapa yg
masih kata macam tu bermakna dia masih tak faham-faham lagi..masih tak
dapat ler tu .Bermakna dia masih belum menjadi insan terpilih...kata kat
orang sebelah,
"KESIAANNNN...."
#sahamakhirataniscmc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment