RAHSIA BISNES ORANG CINA ( PART 1 )
Buku RAHSIA BISNES ORANG
CINA ini ditulis oleh Ann Wan Seng. Dah dua kali saya khatam buku ni.
Banyak rahsia mereka yang boleh kita sama-sama pelajari okay.
1.
Kata Ann Wan Seng, berbisnes bagi orang Cina adalah bukan satu
kebolehan semulajadi. Berniaga adalah satu kemahiran dan boleh di
pelajari.
2.Katanya, PENIAGA TULEN, tak takut cabaran. PENIAGA PALSU, cari untung singkat, tak peduli tanggungjawab sosial.
3.Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidan peruncitan.
4. Orang Cina suka berhijrah.
5.Bangsa Cina paling fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri
dengan apa saja keadaan. Mereka dapat hidup cari makan walau di mana
saja mereka berada.
6.Kepercayaan orang Cina, orang yang berniaga
tidak akan dipandang rendah. Malah dunia niaga menjanjikan kesenangan,
kemewahan dan kebahagiaan.
7.Orang yang bekerja makan gaji dianggap belum lagi dewasa. (Alamak, sentap jugak A.W.Seng ni ).
8.Mereka yang berniaga dianggap sebagai golongan yang matang dan sering mendapat tempat rujukan. ( smile emoticon ).
9.Orang Cina percaya, hanya dengan bekerja kuat dan berani meneroka peluang barulah mereka boleh Berjaya.
10.Kejayaan dan kegagalan banyak bergantung pada SIKAP, usaha dan keyakinan. (Jaga attitude....)
11.Berniaga boleh dijadikan sebagai hobi tapi bukan bagi mengisi masa lapang.
12.Orang Cina suka mewariskan perniagaan pengalaman niaga mereka kepada anak cucu mereka.
13.Orang Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal. Baginya, perniagaan maca, ni tak tahan lama.
14.Dalam falsafah perniagaan orang Cina, peniaga tidak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaannya.
15.Keuntungan yang bakal diperolehi bergantung pada berapa banyak pelaburan yang sudah dilakukan. (Paham..pahamm...)
16.Peniaga tulen tidak takut pada persaingan dan kerugian.
17.Konsep perniagaan orang Cina tidak suka 'makan' ataupun mencari
untung seorang. Mereka tidak digalakkan membolot segala keuntungan dan
kekayaan.Sebaliknya mereka perlu berkongsi segala keuntungan dengan
peniaga lain.Kerana bagi mereka, tidak ada peniaga yang boleh hidup
seorang diri.Mereka perlu bergantung antara satu sama lain. ( Awesome!! )
18.Peniaga Melayu suka berniaga 'ala mee maggi'. Terutamanya berniaga
hanya di bazar ramadhan.Peniaga bermusim bukan saja tidak boleh
berkembang, tetapi akan menghadapi masalah modal dan aliran tunai bagi
memulakan perniagaan.
19.Peniaga jenis kulat dan cendawan (peniaga bermusim) ini tidak mempunyai ruang di dalam dunia niaga orang Cina.
20. Orang Cina menekankan kepentingan 'siapa cepat dia dapat".Orang kalah kerana dia lambat bertindak.
Okay dulu ye uolss....Nak lagi ke? Kalau nak lagi, kita sambung nanti
jika diizinkan Allah okay...Tarik nafas, seduuut ilmu tu kay..
Tocey Toceyy Sifu Ann Wan Seng!.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment