Wednesday, October 30, 2013

Sahabat Sejati

Tadi kannn...belajar sesuatu dari Pn Rusiah owner Shell di PD.

Dia citer pasal 3 orang anak dia yang di sekolah tahfiz di Melaka.Esok dia nak ambik anak-anak dia ni sebab cuti sekolah.

Katanya, cuti sekolah tahfiz tak sama dengan sekolah lain.Itu memang dah lama jadi persoalan saya.

Rupanyaa...sebabnya ialah, memang disengajakan tak sama dengan budak sekolah lain sebab takut bila bercampur dengan budak-budak lain akan mengganggu proses pembelajaran atau proses hafazan mereka.Maksudnya takut unsur-unsur negatif masuk, hafazan mereka jadi terbantut..

Wahhhh!!!...Sampai macam tu yer kesan pergaulan terhadap mereka?..Walaupun kita nampak biasa-biasa je..atau berjumpa pun mungkin sekejap jer...tapi sangat memberi kesan!

Sebab tu lahh kita kena pandai pilih kawan!..Result dalam kehidupan kita adalah berpunca daripada dengan siapa kita berkawan!..

0 comments:

Post a Comment