Friday, October 25, 2013

OTAILAH SANGAT!....

OTAILAH SANGAT!....

Ramai di antara kita yang nak mencari ilmu harini. Bagi sesetengah orang, ini adalah luar dari kebiasaan mereka. Sebelum ni tak pernah ke mana-mana kelas atau training.Kalau ada pun semuanya yang company hantar, yang free-free tu...yang makan 6 kali sehari tu..

Kalau yang dah lama berbisnes lagi la....selama 15 tahun berbisnes, tak pernah pegi kelas pun...perlu ke sangat?..Aku kan dah ok? Aku ni otai tau dalam bisnes aku ni..

Kalau rasa 'otai'lah sangat tu masih ada dalam diri..ego tu tinggi tahap dewa, baik tak payah pegi mana-mana seminar punn...Sebab, buang masa..nanti u balik KOSONG!...

Student yang baik dan akan absorb segala ilmu yang diberi ialah , dia pegi dengan minda yang KOSONG!..dia pegi dengan hati yang BERSIH!...dia pegi dengan jiwa yang TENANG!...

Orang macam ni akan dapat serappp banyaknya ilmu..orang macam ni akan nampak apa yang orang lain tak nampak..orang macam ni akan faham..ilmu-ilmu yang tersirat!..

Jadi, setinggi mana pun kita..sehebat mana pun kita hari ini, tapi bila kita pergi berguru, kita kena hormat guru kita!..Tunduk sampai ke bumi!..Boleh buat tak?..Kalau tak boleh buat bermakna EGO anda masih di tahap paling TINGGI!..

Kerana, kejayaan dan kegagalan kita banyak bergantung pada EGO kita sebenarnya..bergantung pada bagaimana kita memandang orang lain..

Jika semua orang kita pandang rendah, perasan tak..yang taraf kita pun masih rendah.Tapi....kalau kita pandang tinggi kepada setiap orang, Allah akan bawa kita ke puncak lebih tinggi, Allah akan menaikkan darjat kita!..

WALLAHU'ALAM. ...

 Selamat menyedut ilmu dan contribute your energy kay uolss...

0 comments:

Post a Comment