Friday, October 18, 2013

RAHSIA UNTUK MENARIK PERHATIAN ORANG.....

RAHSIA UNTUK MENARIK PERHATIAN ORANG.....

Ramai yang nak tau perkara-perkara macam ni kann...U all teringin nak tarik perhatian siapa sebenarnya? Kalau nak tarik perhatian pelanggan, memang itu OK sangatlah...betul lah tu..Tapi ni yang nak tarik perhatian boss contohnya untuk yang bekerja..atau ada juga yang nak tarik perhatian mentor-mentor u all?

Rupanya...ada jugak orang yang buat bisnes atau yang bekerja yang nakkan attention atau nak tarik perhatian orang lain..Dulu ingat yang berpolitik saja yang nak dapatkan attention orang ramai..rupanya buat bisnes pun ada yang macam tu..

U all buat bisnes untuk apa sebenarnya? Apa niat u all?

Ada satu kisah ni....Peniaga ni, menjadi sangat frust dan stress selepas satu konvensyen jualan antarabangsa kerana sales dia tak capai target dan agak teruk jugak jualan.Stok sos ayam percik yang dibuatnya beribu-ribu balang terpaksa dibawa balik...Lepas tu, dia jadi stress sebab jualan dia langsung tak dapat cover sewa selama 10 hari dia disitu...Dan yang menjadi kepelikan kami ialah...bukan pasal salenya teruk...Dia stress sebab dia tak boleh nak tarik attention mentornya kerana itu target dia sebenarnya!..Dia nak mentornya rasa bangga dengan pencapaiannya, dia nak mentor kenal dengan dia..segala-galanya pasal mentor lahh...

Tak ke pelik bunyinya?..Sama jugak kes dengan pekerja yang sentiasa nak tarik attention boss? U all ingat boss tak boleh rasa ke siapa yang nak attention atau siapa yang bekerja dengan ikhlas?

Pointnya di sini ialah...u all bekerja ke, berbisnes ke, atau juga berpolitik, buat la dengan seikhlas hati...Kalau yang bekerja, buat lebih dari yang disuruh..give more than 100%....sampai boss terasa keperluannya..sampai boss risau kalau u all nak resign, hihiii..macam tu lah baru ada VALUE!!..
Jangan jadi macam satu kes kami ni...dah lama kami tunggu staff ni nak resign...nak buang tak ada reason sebab pandai dan rajin bekerja....tapi seperti biasalah, kami sangat mementingkan ATTITUDE....memang yang tak ada attitude macam ni rajin macam mana pun, akan memeningkan boss saja..bila dia bersuara nak berhenti, rasa macam bestnyaaa....alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami..hihiii...nak ke boss u all doa macam tu untuk u all?

Percayalah, hidup kita tak akan benar-benar happy dan berjaya kalau kita mencari attention. Sebab kalau kita cari attention, kita akan terpaksa jadi people's pleaser ataupun orang yang suka dapatkan approval orang lain..Masalahnya, orang yang suka dapatkan perhatian orang lain ni, mereka akan buat STUPID THINGS yang mereka tak sedari..Mereka akan cuba memburuk-burukkan orang lain..mereka akan cuba menjatuhkan orang lain...itu semua stupid things sebenarnya tapi mereka je yang tak tahu...

Dan...kalau yang nak seek attention boss, takkan u ingat boss u tak pandai menilai? Takkan u ingat boss u suka seseorang staff dia tu sebab semata-mata dia pandai kipas? Bodoh sangat ke boss u? Dia tahu apa yang dibuatnya...dia tahu siapa yang ada VALUE dan siapa yang KOSONG?..

Untuk lebih berjaya, sebenarnya lebih baik kita cari LOVE..Kita akan lebih happy bila kita dapat beri LOVE dan VALUE kepada lebih ramai orang..Insyaallah perhatian akan datang tanpa dipaksa...tanpa di minta-minta..Kalau u sentiasa ingat matlamat u untuk memberi love dan value, mau tak mau lama-kelamaan u akan di terima...u akan di recognise oleh semua orang..It's not miracle, but..it's naturally like that...

Rather than kita cari ATTENTION..Orang yang suka cari attention ni biasanya dia nak rasa LEBIH FAMOUS...nak rasa lebih TERKENAL..tak ada masalah, cuma takut dia akan cuba buat apa saja untuk capai matlamatnya..dan dia akan menidakkan pihak yang lain..dia akan rasa hilang kasih sayangnya pada orang lain...Bila love dah bukan menjadi prioriti u, habislah....mau tak mau..lama-kelamaan orang akan melupakan u...orang pun dah tak ada kasih sayang pada u...

Yang mana satu pilihan hati? Nak menjadi manusia yang memberi VALUE kepada ramai orang ataupun nak menjadi manusia yang menagih perhatian? Berbalik lah kepada niat asal u..Ingatlah semula matlamat u..Kalau matlamat u LOVE...u akan dapat LOVE...kalau matlamat u ATTENTION, u akan dapat ATTENTION..tapi attention yang tak berkekalan...hanya sekali lalu, tapi langsung tak terpahat di hati...

WALLAHU'ALAM......

0 comments:

Post a Comment