LOVE TO SELL
Bila saya observe sejarah mereka yang berjaya ni,
saya dapati ramai daripada mereka yang berjaya ni bermula dengan
menjadi 'salesperson' sebelum mereka berada di puncak. Dalam program
mentor kami MASTER YOUR BUSINESS yang lepas pun Dr.Azizan ada menyebut,
Bill Gates, Mark Zuckenberg, malah mentor kami sendiri pun pernah
menjadi salesperson. Saya yakin kebanyakan daripada orang berjaya ni
adalah berasal dari "sales person".
Kenapa saya highlight perkara
ni? Sebab rupanya ramai usahawan kita yang tidak pernah buat
sales!..Dia terus start sebagai usahawan. Terus ada kilang atau ada
kedai. Terus manage staff dan manage order untuk produk atau servisnya.
Sebab tu saya perhatikan, kalau dia tak ada experience dalam bidang
sales, dia susah nak menghadapi pelanggan yang bermacam ragam ni.
Apa itu sales? Sama ke dengan marketing? Sales tak sama dengan
marketing. Mula-mula memang kena buat marketing. Marketing adalah
aktiviti menarik sebanyak-banyaknya pelanggan. Bila dah dapat tarik
pelanggan ni, kerja untuk close sale ialah kerja sales person ni lah.Dia
lah yang kena pandai approach, pandai pujuk pelanggan.
Part ni
lah yang ramai tak ada kan?..Ramai yang konon-konon start buat bisnes,
dialah usahawan terbilang!..Tapi tak pernah menjual!..Boleh ke u nak
memahami hati pelanggan sedangkan tak pernah jumpa dengan pelanggan one
to one?
Bila ingat-ingat balik waktu zaman buat Hai-O dulu, saya,suami dan
kawan-kawan ni suka sangat buat sales..Best gila experience masa tu. Kat
mana je ada exhibition, pasti kami nak sewa booth untuk buat
jualan.Kadang bukan dapat close sale sangat, nak dapat contact number
untuk nak buat appointmernt puuuun susah. Tapi, disebabkan suka sangat
buat sales ni, lama-kelamaan orang nak reject pun kami ok jer..dah
immune katakan..
To become a GREAT BUSINESS PEOPLE, u have to LOVE TO SELL!..
Itu salah satu ciri paling basic u sebagai seorang yang bakal menjadi
jutawan perlu ada!..Kerana 'selling' ni adalah paling fundamental. Kalau
buat bangunan tu, skill menjual tu akan menjadi tapak untuk membina
sesuatu bangunan. Tak semestinya kena pandai menjual bangunan, tapi
boleh start dengan menjual apa saja hatta sebatang pen!..
Perasan
tak ada ramai sales person pernah approach kita buat sales jual pen?
jual buku-buku ketika di restoran? Apa kita rasa tengok mereka? Ramai
yang memandang rendah pada mereka!..Tapi u all tak tahu..mereka ni
sebenarnya sedang membina kekuatan hati, jiwa dan minda mereka!.Mereka
ni pasti boleh menjadi jutawan kalau mereka tambah sedikit lagi ilmu.
Sebab orang yang dapat merendahkan egonya serendah-rendahnya, dapat
tebalkan muka untuk approach orang di kedai makan dan sebagainya..Mereka
ini ada sesuatu yang sangat HEBAT!..Mereka tengah membina tembok
kekuatan mereka!..Lepas ni kalau dicampak ke mana saja, mereka akan
berjaya!..Tambahan lagi kalau mereka berminat untuk berbisnes..saya
yakin mereka pasti tak lama mendaki gunung. Macam naik lif lah orang
kata...
Jadi..kalau nak jadi a great business owner, kita memang kena pandai
MENJUAL!.. Start dengan bukak booth untuk jual produk u di mana-mana
exhibition. Jual lah apa pun tak apa, asalkan u ada experience untuk
belajar proses menjual ni. Lagi best kalau u boleh join direct selling
atau buat insurance atau jual vacuum cleaner/air cleaner macam mentor
kita jual tu...Jadikan ia sebagai satu universiti untuk u belajar
cara-cara buat sales. Life and practical experience tu!..
Jadi...makcik pakcik, kakak abang, janganlah marah kalau ada anak-anak
yang minat nak buat bisnes direct selling ni. Banyak yang diorang boleh
belajar tu. Biar je depa habiskan duit beli produk-produk tu. Ada
sesuatu yang sangat bernilai dia akan dapat belajar di situ!..
Satu lagi, untuk anda yang nak sangat jadi usahawan ni..Saya tengok
ramai yang sibuk nak cari agent.Bukan tak boleh..Tapi kita sendiri
pernah tak buat kerja macam agent/dealer kita kena buat? Kita suruh
agent kita menjual..Tapi kita tak pernah pun menjual?.Boleh ke macam tu?
Nanti agent menghadapi macam-macam situasi pasal pelanggan, apa yang u
boleh tolong? Apa cadangan yang u boleh bagi? Kalau agent u kata, kat
kedai ni susah lah..kek tak habis, orang tak nak beli la...Apa yang u
akan rasa dan buat?
Lama-lama u akan rasa frust..u pun percaya dengan apa yang agent u
cakapkan. Sebab u pun tak pernah buat!..U pun tak pernah approach
sendiri, tak ada experience buat macam agent u buat. Lama-lama apa
jadi?..Apa lagi, bungkus lah...Itulah yang banyak terjadi!..So, kalau
tak nak bungkus, apa lagi!...Kena lah tebal-tebalkan muka yang cantik
dan hensem dan diva sangat tu...tapi poket kosong tu...keluar
menjual!..keluar buat sales!..Keluar approach orang!..Barulah betul step
untuk jadi jutawan!..
WALLAHU'ALAM...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment