USAHAWAN FIRST CLASS!!..
Ramai yang sangat takut dengan masa depan!...Sebab apa?Sebab sepanjang kehidupan, kita sentiasa risau tentang semua perkara. Kecuali waktu kita masih 'baby'. Tapi lepas tu, terus terusan kita menjadi manusi yang sentiasa takut dan risau. Masa zaman kanak-kanak takut buat salah..takut mak ayah marah.Zaman sekolah takut nak menghadapi peperiksaan, takut mak ayah marah jugak. Zaman keluar university, takut dapat kerja gaji tak menarik. Pastu takut dibuang kerja pulak. Bila nak kawin, takut dapat pasangan yang tak memahami, pasangan yang tak sama pendapat pulak...Dan seterusnya dan seterusnya...
Oh ya lupa, bila dah tua..takut mati pulak!..Hehe..betul lah tu..normal...Tapi, kalau kita betul-betul sayang dan cintakan Allah, kenapa nak takut mati? Sorry lah, bukanlah saya tak takut mati..tapi saya tengah belajar untuk lebih mencintai Allah..Bila kita lebih mencintai Allah, bukankah kita akan merinduiNya? Kalau kita merinduiNya, mesti tak sabar nak berjumpanya kann?...Dan kita akan konfiden yang bila Dia juga mencintai kita, takkan mungkin Dia akan menzalimi kita?..
Baru-baru ini saya sangat hairan kerana ada usahawan yang mempunyai bisnes yang berjaya, sales bulanan beratus-ratus ribu ringgit, tapi...kesian, dengar cerita, bila ke kedai makan sekalipun, akan order air kosong (bukan atas dasar nak jaga kesihatan) dan makanan yang paling murah. Yang lebih menyedihkan, mereka akan share makanan sebab nak berjimat!..
Lainlah kalau memang sebab nak jaga kesihatan atau nak berdiet. Tapi ini memang niatnya untuk berjimat sebab katanya takut kalau-kalau nanti bisnesnya merudum jatuh!..Duit bisnes semuanya di buat simpanan untuk 'emergency'.
Rupanya ada yang masih tak faham lagi...Yang pertama pasal takut. Takut jadi apa-apa yang tak elok. Itu bermakna, dia sedang menarik perkara-perkara yang tak elok berlaku dalam bisnesnya. Maafkan saya, ini bukan bercakap besar ya..tapi saya nak anda lebih faham..Saya nak ceritakan apa yang saya rasa sekarang ini. Dengan ramainya competitor kek coklat, dengan bermacam-macam cabaran yang kami lalui..Tapi, kami tak melihat kepada perkara yang tak best berlaku in future. Kami nampak yang best-best saja..Kami nampak perkembangan demi perkembangan..Alhamdulillah...
Tak dinafikan, kami mula-mula dulu memang ada terfikir macam sesetengah daripada anda juga...Takut itu, takut ini..Tapi..bila dah faham melalui cari ilmu dan dengan banyak bergaul dengan orang yang berjaya, barulah faham.Mereka ni tak takut untuk jadi miskin pun!..Mereka yakin dengan diri mereka, kalau ada apa-apa yang berlaku, mereka akan naik semula!..Jatuh dan bangun semula!..Itulah keberanian usahawan dan jutawan FIRST CLASS!..
Usahawan FIRST CLASS ini takkan ada pun 'emergency fund' atau saving. Percaya tak? Orang yang ada tabung kecemasan pasti akan banyak kecemasan berlaku dalam hidupnya. Kejap-kejap kereta rosak, kejap-kejap peti ais rosak..kejap-kejap handphone rosak..Ada yang tersenyum kelat tu, terasa ke? Mengaku sajalah...kalau ego tak nak mengaku, jangan harap nak berjaya!..
Lagi satu usahawan FIRST CLASS ingat ada saving sangat ke? Ingat duit diorang terkepok dalam bank, pastu tak digunakan..Macamana duit nak beranak kalau macam tu?..Kan dah belajar pasal KOLAM? Itulah dia antara maksudnya, kalau semua saving, saving, saving, tak ada in out in out, macamana kolam nak bersih? Lama-lama kolam pun berlumut berkeladak kan?
Orang kaya tak buat macam tu dekkkk....Duit bisnes yang ada tu, dibuat investment. Tak kisahlah macamana nak melabur pun. Tapi of courselah yang HALAL kan..Antaranya boleh buat pelaburan saham,emas dan hartanah. Cari mentor anda dalam bidang pelaburan yang anda suka. Tapi, mentaliti yang disebut tadi tu kena ubah dulu!..Tak akan menjadi kalau cari mentor pun, tapi mentaliti tetap takut-takut!..
Bukan juga bermaksud kita langsung tak payah prepare untuk future.Tidak, sama sekali tidak..Tapiiii...untuk prepare future anda, fokuslah dengan kebijaksanaan minda kita sebaik mungkin pada HARI INI!..Enjoy your day and your work today!..Buat kerja sebaik-baiknya dan seuntung-untungnya HARI INI!.Tengok orang kaya, diorang enjoyyy jer..Kenapa diorang boleh enjoy dengan bisnes dia? Dia tak takut pun..Sebab, dia gunakan kebijaksanaan dia dalam bidang kewangan ni. Silap-silap diorang ni tak ada banyak sangat cash money pun, yang ada berpuluh-puluh rumah yang dijadikan asset!..Bila dah ada asset, nak risau apa? Buat bisnes pun happyyyy jer....Dia asyik sedeqah, sedeqah, sedeqah..Pastu bila happy, dan aura pun positif, barulah jadi magnet!..Anda dah tak payah penat-penat kejar kekayaan..Kekayaan yang akan mengejar anda!..Barulah jadi USAHAWAN MENTALITI FIRST CLASS!!...
Saya doakan kita semua jadi USAHAWAN MENTALITI FIRST CLASS yang kaya dan beriman okay...:)
WALLAHU'ALAM...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment