Jual produk orang boleh kaya ke?
MENCIPTA PRODUK SENDIRI !
Ada yg tanya saya blh berjaya ke dgn hanya menjual produk orang? Jawapan saya...Boleh!!
Dulu masa cetek ilmu ( skrg pun masih sentiasa mencari ilmu) saya byk
buang masa dok pikir nak keluarkan produk sendiri. Saya ni memang tak
pandai nak buat kuih muih, baking segala. Bila tgk org buat seri muka
dan berjaya, saya teringin nak buat seri muka, siap blk kampung pergi
padang besar (kg saya di kedah) beli periuk kukus kononnya nak buat seri
muka, tp last last tak buat pun sbb rasa tak ada passion nak buat, hehe
Lepas tu saya cuba buat dadih, berjaya supply ke petronas tapi sekejap
je bila maid saya berhenti blk kampung dah tak ada org yang bantu saya
pun patah kaki, so stop buat dadih.
Lepas tu buat pulak pelbagai
jenis puding jual kat tmpat kerja, dapat sambutan dan tempahan dari
rakan seperjuangan. Lama2 buat rasa penat dan berhenti.
Begitulah
perjalanan hidup saya dulu, sentiasa berfikir nak bisnes mesti ada
produk sendiri. Masa tu pulak mmg ada kawan yg berbisnes makanan dgn
produk sendiri. Jadi masa tu fikiran sgt sempit, nak kaya berjaya mesti
buat produk sendiri. Jual produk orang bukan untung banyak !!! Biawak
sungguhkan smile emoticon
Dalam pada mencari cari nak keluarkan produk sendiri, saya tolong kawan
jual kek coklat, (kek coklat anis lah!! Masa tu zaman kek besar siap
ada disedikan pisau dlm packaging). Saya ni sangat2 suka buat sale, best
sangat kalau berjaya menjual, untung tak pikir pun, yang ada dlm
pikiran nak habiskan semua stok kek yg dihantar pada saya. Kesian la kan
kalau tak habis..itu ja yg saya pikirkan masa tu. Dan alhamdulillah,
kek tak pernah tak habis. Kwn2 sekerja selalu cakap saya ni jual apa pun
semua laku, boleh jadi bisneswoman, alhamdullillah..kata2 mereka adalah
doa buat saya...,
Dipendekkan cerita bertahun tahun dok try
& adjust nak buat produk sendiri, tak dapat dapat, sambil tu masih
tetap menjual kek anis on & off. Sehinggalah pada suatu hari ( saya
pernah cerita dulu bagaimana saya mula serius berbisnes) saya dan suami
terbuka hati utk bisnes kek coklat dgn serius.
Alhamdulilah, dengan hanya menjual produk orang lain, tanpa memiliki
produk sendiri kami rupanya dapat menjalani kehidupan yg lebih baik.
Suami saya telah berhenti kerja dari syarikat pembinaan tersohor di
Malaysia, hanya kerana nak menumpukan seluruh tenaga dan perhatian pada
bisnes kami. Kami juga turut mempunyai kedai dgn 3 org pekerja. Rupanya
nak berjaya tidak perlu ada produk sendiri.
Apa yg perlu ada
adalah kesunguhan dan kecintaan pada bisnes kita, semangat dan
kecekalan, dan tentunya kita perlukan ilmu dan mentor utk membimbing
kita...
Masih banyak impian dlm bisnes ini, yang pasti mcm mentor
saya cakap, buat je dulu apa yg ada depan mata, jgn buang masa pikirkan
perkara2 yg kita pun tak tahu bagaimana dan macamana....
~heart to heart~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment