Thursday, October 17, 2013

KISAH NABI IBRAHIM - RAYA HAJI 2013

ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
WALILLAAHIL HAMD....

Pada hari raya korban ini, ada satu peristiwa bersejarah yang berlaku beribu-ribu tahun dahulu.Sebagai umat Islam, kita perlu tahu dan menghayati kepentingan peristiwa ini kepada kita semua.

Peristiwa ini sebenarnya berlaku pada zaman Nabi Ibrahim AS. Nabi Ibrahim dengan penuh ketaqwaan memenuhi perintah Allah untuk menyembelih anak ya...ng dicintai bernama Ismail.

"Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu.Maka pikirlah apa pendapatmu?".

Anaknya Ismail menjawab, "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

Tetapi dengan kekuasan Allah, secara tiba-tiba anak yang akan disembelih itu telah bertukar menjadi seekor kibas.

Peristiwa ini sebenarnya untuk mengajar kita beberapa aspek antaranya:

1.ALLAH maha berkuasa atas segala-galanya. Allah hanya ingin menguji ketaqwaan kita umatNya.
Sama ada kita sabar dengan ujian yang diberiNya atau tidak. (Fikirkan dalam konteks perniagaan).

2.Sifat ketaqwaan yang sepatutnya ada bagi seorang manusia mentaati perintah Allah SWT seperti mana sifat ketaqwaan.Nabi Ibrahim AS.(Fikirkan dalam konteks perniagaan).

3.Ketaqwaan Nabi Ibrahim diwujudkan untuk menjadi simbol kepada kita sifat pengorbanan dan keyakinan TERTINGGI yang perlu ada kepada ALLAH MAHA PENCIPTA. (Fikirkan dalam konteks perniagaan).

4.Sifat taatnya seorang anak kepada ayahnya.

WALLAHU'ALAM

♥Apa yang telah kita korbankan selama hidup ini?
See More

0 comments:

Post a Comment