RAMAI YANG TAK BUAT MARKETING!...
Semalam saya dengar cerita
tentang seorang peniaga roti yang dah tutup kedainya.Sedangkan dah lama
bisnesnya membuat dan menjual roti ni. Bila dengar je cerita macam ni,
kami jadi tersentap sekejap. Ye lah, kesian dengan mereka yang terpaksa
menghadapi situasi macam ni.
Dalam bisnes, aktiviti marketing
adalah paling penting dan perlu ditekankan oleh semua peniaga. Pelik
saya..boleh ke nak buat bisnes tapi tak buat marketing? Business is
marketing, marketing is business..Itu basic sebasicnya..(Hehe..dulu saya
pun tak buat jugak marketing..Dah ada ilmu baru lah buat marketing
ni..)
Ramai di kalangan orang kita yang dah lama berbisnes dah
bertahun-tahun lamanya tapi masih di takuk lama..kenapa? Ramai peniaga
sebenarnya korek lubang gali lubang saja kerjanya. Hutang keliling
pinggang. Setiap bulan duit sales tu untuk cover hutang saja. Makan
minum anak bini mungkin cukup, tapi untuk nak 'memberi' tak lepas!..Mak
ayah pun tak pernah kasi, apatah lagi saudara yang lain.
Kalau macam tu keadaan bisnes anda, baik tak payah bisnes. Baik
kerja saja..dah tentu gaji masyuk tiap-tiap bulan..dah tentu ada
increment atau naik pangkat setiap tahun. Tengok orang bekerja yang
dapat hidup selesa, dapat pegi umrah, beli rumah, kereta, tapi...kita
yang berniaga dapat apa?
Sepatutnya orang yang berniaga kena lebih lagi
dari yang bekerja ni..Hehehe..Jangan marah yer..Kalau u belum ada
apa-apa baik buatlah sesuatu!..
Sebab kalau nak kerja balik mesti
tak nak kan?..Orang berniaga ni mesti tak nak kerja balik, takkan nak
melalui zaman jem balik..zaman punch card..zaman orang tetapkan apa yang
kita kena buat..tetapkan masa nak makan..Orang bisnes tak boleh nak
buat macam tu!..Dia nak buat suka hati dia..Bila dia rasa nak bercuti,
dia boleh book flight. Bila dia rasa nak balik kampong tengok mak ayah,
anytime suruh driver hantar..Bila ke mesjid, 100 - 200 ringgit boleh
masuk macam tu jer dalam tabung masjid tu..Bila rasa nak kuar shopping,
hari isnin, selasa, rabu, khamis, pun boleh..tak payah tunggu hari sabtu
atau ahad. Itulah baru FEEL jadi orang bisnes...
Jadi, kalau
bisnes u masih di takuk lama..Nak tahu u takuk lama atau tak..Cer jawab
soalan ni.Rumah dah beli? Kalau dah beli untuk diri sendiri, dah ada
2nd, 3rd, 4th house?..Umrah dah pernah pegi? Dah bawak mak ayah pegi
umrah atau haji? Melancong tak payah tanya lah yer..mungkin pernah
sampai
Langkawi je kot..huhuuuu..
Maafkan saya yer, bukan bermaksud apa-apa..Cuma rasa kesian kalau
bisnes masih tahap lama. Langsung tak ada peningkatan. Teringat pulak
pada pengedar saya, Alhamdulillah stokis saya bulan ni saja dah 2 orang
tukar kereta. Kereta idaman ramai jejaka Malaya tu!!...Dari yang dulunya
pakai 'KANC' dan "MYVI' , kini dah bertukar jadi Ford Ranger. Dari yang
berniaga dari rumah, kini dah ada kedai dan menjual berbagai-bagai
produk..bukannya kek coklat kami saja..Dari yang tak ada pekerja, semua
buat sendiri..ada yang dah pasang 3 orang pekerja!..Itu satu
perkembangan yang sangat hebat dan membanggakan sebenarnya!..
Kalau yang belum dapat apa-apa ni, saya kesian...Pendapat saya, melalui
observation saya, yang kurang dan sangat tak dipentingkan oleh orang
kita ni ialah TAK BUAT MARKETING!..Ada yang mungkin tak pernah pun buat
marketing!..Offline atau online ker..tak pernah buat!..Tak boleh macam
tu kakak-kakak..abang-abang..Marketing ni lah nadi kita orang bisnes
sebenarnya..
Ramai yang bukak kedai, dan jadi penunggu
kedai!..Tunggu punya tunggu customer datang..Patutnya menjemput
customer..Macamana nak jemput customer?..Itulah dia buat
marketing!..Pasang banner ke bunting ke..Kalau buat itu pun dah boleh
huru-hara tauu..Dah boleh tak cukup tempat duduk..Dah terpaksa cari
kedai yang besar sikit...Baru lah best!.. Barulah bisnes namanya!..
Kalau tak buat marketing, macamana orang baru nak tahu tentang produk
kita?..Takkan nak harap kat customer lama saja?..Sebenarnya ada
beratus-ratus strategi marketing orang bisnes boleh apply. Boleh buat
banner, bunting, melalui SMS, suratkhabar, majalah, facebook, semuanya
kita boleh buat.
Orang bisnes kena ada portion untuk kos marketing. Ini yang ramai
tak ada. Bukan setakat kos renovation saja tau...Kos marketing pun kena
ada!..Infact itulah kos yang kita kena sediakan dari awal lagi..Bukan
bila ada lebih-lebih baru nak buat marketing. Dan, kalau ada yang tanya
saya kenapa bisnes dia tak naik-naik..soalan saya balik ialah..MARKETING
buat tak?..Itu je persoalannya..
WALLAHU'ALAM....
~Buat marketing yer uolsss.....~
#sahamakhirataniscmc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment