USAHAWAN FIRST CLASS!!..
Ramai yang sangat takut dengan masa
depan!...Sebab apa?Sebab sepanjang kehidupan, kita sentiasa risau
tentang semua perkara. Kecuali waktu kita masih 'baby'. Tapi lepas tu,
terus terusan kita menjadi manusi yang sentiasa takut dan risau. Masa
zaman kanak-kanak takut buat salah..takut mak ayah marah.Zaman sekolah
takut nak menghadapi peperiksaan, takut mak ayah marah jugak. Zaman
keluar university, takut dapat kerja gaji tak menarik. Pastu takut
dibuang kerja pulak. Bila nak kawin, takut dapat pasangan yang tak
memahami, pasangan yang tak sama pendapat pulak...Dan seterusnya dan
seterusnya...
Oh ya lupa, bila dah tua..takut mati
pulak!..Hehe..betul lah tu..normal...Tapi, kalau kita betul-betul sayang
dan cintakan Allah, kenapa nak takut mati? Sorry lah, bukanlah saya tak
takut mati..tapi saya tengah belajar untuk lebih mencintai Allah..Bila
kita lebih mencintai Allah, bukankah kita akan merinduiNya? Kalau kita
merinduiNya, mesti tak sabar nak berjumpanya kann?...Dan kita akan
konfiden yang bila Dia juga mencintai kita, takkan mungkin Dia akan
menzalimi kita?..
Baru-baru ini saya sangat hairan kerana ada
usahawan yang mempunyai bisnes yang berjaya, sales bulanan beratus-ratus
ribu ringgit, tapi...kesian, dengar cerita, bila ke kedai makan
sekalipun, akan order air kosong (bukan atas dasar nak jaga kesihatan)
dan makanan yang paling murah. Yang lebih menyedihkan, mereka akan share
makanan sebab nak berjimat!..
Lainlah kalau memang sebab nak
jaga kesihatan atau nak berdiet. Tapi ini memang niatnya untuk berjimat
sebab katanya takut kalau-kalau nanti bisnesnya merudum jatuh!..Duit
bisnes semuanya di buat simpanan untuk 'emergency'.
Rupanya ada yang masih tak faham lagi...Yang pertama pasal takut.
Takut jadi apa-apa yang tak elok. Itu bermakna, dia sedang menarik
perkara-perkara yang tak elok berlaku dalam bisnesnya. Maafkan saya, ini
bukan bercakap besar ya..tapi saya nak anda lebih faham..Saya nak
ceritakan apa yang saya rasa sekarang ini. Dengan ramainya competitor
kek coklat, dengan bermacam-macam cabaran yang kami lalui..Tapi, kami
tak melihat kepada perkara yang tak best berlaku in future. Kami nampak
yang best-best saja..Kami nampak perkembangan demi
perkembangan..Alhamdulillah...
Tak dinafikan, kami mula-mula dulu
memang ada terfikir macam sesetengah daripada anda juga...Takut itu,
takut ini..Tapi..bila dah faham melalui cari ilmu dan dengan banyak
bergaul dengan orang yang berjaya, barulah faham.Mereka ni tak takut
untuk jadi miskin pun!..Mereka yakin dengan diri mereka dan yakin dengan
adanya pertolongan Allah, kalau ada apa-apa yang berlaku,pasti mereka
akan naik semula!..Jatuh dan bangun semula!..Itulah keberanian usahawan
dan jutawan FIRST CLASS!..
Usahawan FIRST CLASS ini takkan ada
pun 'emergency fund' atau saving. Percaya tak? Orang yang ada tabung
kecemasan pasti akan banyak kecemasan berlaku dalam hidupnya.
Kejap-kejap kereta rosak, kejap-kejap peti ais rosak..kejap-kejap
handphone rosak..Ada yang tersenyum kelat tu, terasa ke? Mengaku
sajalah...kalau ego tak nak mengaku, jangan harap nak berjaya!..
Lagi satu usahawan FIRST CLASS ingat ada saving sangat ke? Ingat duit
diorang terkepok dalam bank, pastu tak digunakan..Macamana duit nak
beranak kalau macam tu?..Kan dah belajar pasal KOLAM? Itulah dia antara
maksudnya, kalau semua saving, saving, saving, tak ada in out in out,
macamana kolam nak bersih? Lama-lama kolam pun berlumut berkeladak kan?
Orang kaya tak buat macam tu dekkkk....Duit bisnes yang ada tu,
dibuat investment. Tak kisahlah macamana nak melabur pun. Tapi of
courselah yang HALAL kan..Antaranya boleh buat pelaburan saham,emas dan
hartanah. Cari mentor anda dalam bidang pelaburan yang anda suka. Tapi,
mentaliti yang disebut tadi tu kena ubah dulu!..Tak akan menjadi kalau
cari mentor pun, tapi mentaliti tetap takut-takut!..
Bukan juga
bermaksud kita langsung tak payah prepare untuk future.Tidak, sama
sekali tidak..Tapiiii...untuk prepare future anda, fokuslah dengan
kebijaksanaan minda kita sebaik mungkin pada HARI INI!..Enjoy your day
and your work today!..Buat kerja sebaik-baiknya dan seuntung-untungnya
HARI INI!.
Tengok orang kaya, diorang enjoyyy jer..Kenapa diorang
boleh enjoy dengan bisnes dia? Dia tak takut pun..Sebab, dia gunakan
kebijaksanaan dia dalam bidang kewangan ni. Silap-silap diorang ni tak
ada banyak sangat cash money pun, yang ada berpuluh-puluh rumah yang
dijadikan asset!..Bila dah ada asset, nak risau apa? Buat bisnes pun
happyyyy jer....Dia asyik sedeqah, sedeqah, sedeqah..Pastu bila happy,
dan aura pun positif, barulah jadi magnet!..Anda dah tak payah
penat-penat kejar kekayaan..Kekayaan yang akan mengejar anda!..Barulah
jadi USAHAWAN MENTALITI FIRST CLASS!!...
Saya doakan kita semua jadi USAHAWAN MENTALITI FIRST CLASS yang kaya dan beriman okay...smile emoticon
WALLAHU'ALAM...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment