Thursday, October 3, 2013

MARKETING DI FACEBOOK PAGE

MARKETING DI FACEBOOK PAGE

Kami mula menggunakan Facebook page sebagai medium marketing pada Oktober 2012. Tapi masih blur-blur katak tak tahu apa nak share dengan audience kami. Lepas ke Intensif Jutawan Industri November 2012, saya dah semakin nampak..dah semakin faham bahawa betapa pentingnya dan betapa bestnya buat marketing di Facebook Page ini.

Yang paling saya faham ialah, marketing di facebook page dengan menggunakan 'content marketing' yang bagus dan menarik ini adalah sangat-sangat powerful sebab ia VIRAL!..Sangat-sangat Viral!..Gila-gila Viral!!...

Alhamdulillah, kami mula aktif pada Mac 2013 dengan LIKE sebanyak 100-200 LIKE, sehingga Oktober 2013, LIKE page Anis Choc Moist Cake telah meningkat sehingga lebih 17, 000 LIKE tanpa buat sebarang iklan!..(Sebenarnya nak buat FB Ads, cuma Admin Manager saya dah sangat busy sekarang ni, huhuuu..).

Ok, saya cerita yang basic dulu kay.....

1. Faham Siapa Audience Anda
Siapa audience yang anda nak target? Jika anda membuat bisnes kecantikan, sudah tentu target anda adalah wanita. Bagi saya pula, audience saya adalah wanita. Target saya ialah peniaga dan juga wanita yang bekerja. Saya selesa dengan wanita berumur dalam lingkungan 30-45 tahun.Tapi, saya juga suka berkongsi pengalaman dengan usahawan-usahawan muda.

Best dengan adik-adik usahawan muda ni, diorang betul-betul tak tahu apa-apa..Bila orang buat bisnes, diorang pun nak buat bisnes..Nampak kat untung tu saja..Tapi, sebenarnya...banyak sangat yang perlu kita tahu dalam bisnes ni..Bukan setakat marketing, tapi...it's BIGGER THAN THAT!!...It's MORE THAN THAT!!...

2.Faham Apa Audience Kita Nak
Bila kita dah faham siapa audience kita, perkara pertama kita perlu fikir ialah apa yang audience kita nak. Bukan apa yang kita nak...Kalau ikut apa yang kita nak, semuanya kita nak tulis..Pasal anak lah, pasal pasangan lah...Kena gali, gali, gali...cari apa yang audience kita nak. Untuk point ini, saya nak berkongsilah dengan anda. Saya mula nampak apa yang audience saya nak ialah melalui seminar-seminar. Ada beberapa seminar yang saya attend, saya tengok betapa ramainya orang ke seminar..berduyun-duyun manusia dahagakan ilmu..Dalam hati saya bila saya tengok situasi ini..Kesiannnn sangat..Rupanya ramai orang yang nak Berjaya!..Ramai yang nak kaya..tapi tak tahu macamana?..Ramai yang ingat sangat susah nak kaya...Ramai yang tak nampak jalannya...Dari situlah sebenarnya saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan audience saya, apa saja yang saya ada..ilmu dan pengalaman saya untuk sama-sama dapat belajar dan at the same time melonjakkan bisnes dan kehidupan mereka.

3.Faham Bahawa Orang Yang Sama Passion Suka Berkongsi Perkara Yang Sama
Cari satu perkara yang audience kita suka sangat dan yang boleh menarik perhatian mereka. Fitrahnya, orang yang sama passion ni akan sukakan perkara yang sama. Perasan tak?..Jadi, kita kena buat sampai mereka rasa "Kita sama".Berfikir pun benda yang sama macam mereka. Buat pun benda yang sama macam mereka buat.

Kita dan audience kita kena 'get connected'. Contoh di sini, audience saya dan saya bercakap "the same language". Kami sukakan isu berkenaan tentang bisnes. Tak kisah apa saja, asalkan pasal bisnes. Topik ini sangat sangat luas sebenarnya.Macam-macam yang kita boleh tulis tentang bisnes ini.

Bila saya dah faham audience saya, saya fokuskan bercerita tentang bagaimana bisnes saya bermula, bagaimana mencari pekerja, pengalaman buka kedai dan sebagainya. Kadang kala saya masukkan juga cerita tentang keluarga, atau pembantu rumah contohnya. Kenapa saya pilih isu-isu seperti itu? Sebab kebanyakan daripada audience saya terdiri daripada career woman yang ada bibik.

Bila audience kita dah 'engaged' dengan kita, dan 'connected' dengan kita, dah rasa pengalaman kita sama, sebab itulah lama-kelamaan mereka akan tertarik untuk berbisnes dengan kita. Itulah yang berlaku dalam Page Anis Choc Moist Cake. Kebanyakan daripada pengedar kami dan pelanggan kami adalah bermula dengan membaca Page ini sahaja.

3.Cara penyampaian
Sejak kecil lagi kita sangat sukakan 'story telling'. Itu adalah cara paling mudah untuk orang sukakan 'content' kita. Jadi, dalam page kita..kita boleh berkongsi macam-macam perkara dengan audience kita melalui 'story telling marketing'.

'Story telling marketing' adalah trend pemasaran terbaru. Yang membuatkan ia menarik adalah kerana kita boleh berkomunikasi dengan pelanggan atau prospek kita tanpa perlu membuat jualan. Tak perlu cerita sangat pasal bisnes kita, harga produk kita dan sebagainya. Itu lebih kepada nak menjual. Lain lah kalau kita buat sales. Macam bukak booth contohnya, itu memang kena terus menjual. Kena close deal terus.

Tapi ini lain. Ini social media. Jadi, kita kena lebih faham bahawa apa yang audience kita nak itu, perlu disampaikan dengan kaedah yang menarik. Yang penting, kita cuma nak mereka faham dengan apa yang kita maksudkan.Barulah information transferred. Kan?

Pelanggan sekarang ni dah tak nak terlalu didesak. Pelanggan lebih suka kalau kita pandai buat 'relationship'. Kerana bagi saya, bisnes adalah relationship. Bila kita ada satu perhubungan, kita suka nak berkongsi maklumat. Dan dengan relationship lah bisnes kita akan lebih berkembang. Terutamanya bila kita menggunakan medium facebook page contohnya, bila audience kita suka apa yang kita kongsikan, mereka akan berkongsi pulak cerita tersebut dengan kawan-kawan mereka. Lagilah viral..Nampak tak betapa bestnya penggunaan Facebook Page?

Okaylah deariesss...Itu sajalah setakat ini..Insyaallah, esok saya akan share dengan anda semua tips apa yang nak ditulis dalam Page anda..Suka ke suka?...

Jumpa esok ye..Semoga berbahagia hendaknya...:)

ASSALAMUALAIKUM.

0 comments:

Post a Comment