Tuesday, September 30, 2014

We Coach U - Pre Registeri

We Coach U
Tahniah kepada mereka yg telah pre-register tempohari...Anda menjadi keutamaan kami & nantikan email love daripada kami bila-bila masa sahaja......
Kepada mereka yg selalu bertanyakan bila next program, inilah janji kami kepada anda semua..Daftar segera dan tempat adalah terhad & bergantung kepada mereka yang bertindak pantas....( terbuka utk semua usahawan pelbagai bidang )...
Utk maklumat lanjut & pendaftaran, hubungi Admin Abg Alang / Kak Yana segera ye...Nak?

THE POWER OF 5 KUPANG

THE POWER OF 5 KUPANG

Semalam ada seseorang tanya pada saya cara untuk menjadi ejen. Dan bila dia tanya pasal harga, terus terang saya katakan dia akan mendapat harga rm3.50 untuk sebekas kek.

Harga jual RM5. Dan dia kena tolak ke kedai atau point of salenya RM4. Bermakna dia akan dapat untung hanyalah 5 kupang!!... Itu kata orang kampung cek.. Orang KL cakap, 50 sen :)


Lepas tu dia pun macam nak marah je bunyinya.. Dia kata dia ni pembekal produk kepada Mydin, MAS, Tesco dan sebagainya. Jadi dia nak masukkan sekali kek kami ni. Dan dia nak harga special dan nak ambik direct dengan kami (HQ).

Sori dik, sistem kami macam ni, segala order adalah melalui Stokis (nama yang tertulis kat Timeline tu sahaja). Nak 1000 ke, atau 1 kontena sekalipun, kena melalui Stokis. Buat apa kami design sistem Stokis tapi boleh ambik direct dengan kami?.. Sistem apa macam tu?..Pelik pelik....

Dan terus terang, harga yang stokis dapat ialah RM2.50. Tak main sorok-sorok atau sembunyi-sembunyi. Dan stokis pulak tolak kepada dealernya  D, RM3.00. Nampak tak, dia dapat berapa? 5 kupang jer dekkkk....

Pastu dealer D, dia jual kepada ejennya E minimum 50 kek RM3.50. Berapa pulak dealer dia dapat? 5 kupang jugak!!!..

Dan akhirnya ejen nak tolak kedai berapa pulak? RM 4 pulak. Ejen E pun dapat 5 kupang atau 50 sen saja. Nampak ke?...

Agaknya selama ni ramai orang tertanya - tanya berapalah yang kami dapat ye. Kalau harga yang kami tolak RM2.50 tu, agaknya berapa kos kami? 

Terus terang, kos bahan mentah sahaja dalam RM1.20.Belum masuk harga bekas love tu RM0.55. Pastu, tenaga kerja lagi (35 orang) sewa premis lagi, kos minyak diesel lagi.... Campur tolak campur tolak, berapa syarikat dapat?...

5 kupang je sebijik kek dekkkk......

Tapi, macamana ek 50sen pun ramai yang bukan setakat boleh survive, tetapi menjadikan bisnes ni sebagai mata pencarian utama mereka.

Dan melalui 5 kupang ni, berapa ramai di kalangan kami dah bukak kedai?..Dah berapa ramai tukar kereta? Baru-baru ni Stokis Perak Utara kami Moon dan Jue siap beli Triton lagi!!...Ramai yang teringin?.Ramai yang menggigit jari???..Kerja dah berpuluh tahun tu...dah dapat ke beli kereta idaman?..

Heheee...Maaflah,bukan nak promote suruh jual kek kami ni.Cuma, nak tunjuk sistem berjemaah kami.Dengan hanya untung 5 kupang, telah memberi satu impak yang sangat besar kepada ramai orang!!...

Ada yang tanya, macamana dorang boleh buat ye?..

Jawapannya kami pun tak tahu...Cuma, mungkin disebabkan oleh the power of repeat sales kek ni yang sangat tinggi!

Dan satu lagi, adakah mungkin kerana keberkatan sistem berjemaah kami?..Yang mana 5 kupang ni dikongsi bersama-sama?..Tak kira stokis, dealer atau ejen...Semuanya dapat untung 5 kupang sahaja!!..

Inilah yang dikatakan The Power of 5 kupang!!!...

WALLAHU'ALAM....

♡Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari... :) ♡

APA SUMBANGAN KITA?

APA SUMBANGAN KITA?

Kita sering meminta dengan Allah.. Macam-macam yang kita minta. Kalau dalam list tu dah beratus lah permintaan kita. Tak apa, itu semuakan hak kita. Hak kita adalah meminta. Hak Allah adalah memberi. Allah memang suka jika kita meminta kerana Dia hendak memberi. Dia ingin menunjukkan kekuasaanNya, bahawa hanya Allah Maha Pemberi...


Untuk kita bermula dalam bisnes atau dalam kerjaya.. kita mulalah dengan Allah. Kalau kita nak berhenti kerja dan berbisnes, tapi masih pening-pening tak tahu nak buat bisnes apa, tak tahu macamana nak mula...Dah mula risau, dah mula rasa buntu..

Apa kata sebelum bermula apa-apa, kita berbalik kepada Dia, Allah Maha Pencipta..Tanyakan pada Allah, apakah sumbangan kita sebenarnya di dunia milik Allah ini? Adakah kita dihidupkan hanya untuk menghabiskan umur kita semata-mata untuk diri kita sahaja? Kenapa saya cakap macam tu? 

Ye lah, mana taknya..

Dengan duit gaji yang selama ni kita dapat, kepada siapa lagi kita sumbangkan? Adakah gaji itu hanya untuk bayar duit rumah SENDIRI? duit kereta SENDIRI? duit baju SENDIRI? duit makan SENDIRI ? duit sekolah anak-anak SENDIRI? semuanya SENDIRI....Tak ada portion orang lain langsungkah dalam jumlah gaji kita tu? Okaylah, ada yang kata dia memang bagi setiap bulan untuk mak ayahnya SENDIRI... Nampak tak? semuanya tuding ibu jari untuk diri sendiri..Itu sajakah sumbangan kita?...

Betul, tak semestinya kita sumbangkan duit ringgit.. Macam-macam cara lagi kita boleh sumbangkan kepada orang lain..Tanya saja pada Allah, apa sumbangan kita? Kenapa kita dilahirkan? Pasti ada sebabnya..Pasti ada peranan kita yang lebih besar dari sumbangan untuk DIRI SENDIRI...Bukan bila sebut sumbangan, kita hanya ingat sumbangan kerajaan..Kali ini kita ubah..kita yang akan mula menyumbang dulu....

Bagaimana?...Nak sumbang apa?...

Tanyalah pada Allah, apa yang boleh kita buat untuk menolong lebih ramai orang lagi? Bukan setakat kita minta, minta, minta...Tapi kita bermulalah dengan memberi..memberi..memberi dulu..Sebab itu kita tanya pada Allah saja apa yang kita boleh beri lagi..Apa yang boleh kita sumbangkan dalam hidup ini? Jangan sampai hidup kita menjadi sia-sia...

Sama juga, dalam bisnes pun sama...Sebelum bermula apa-apa, tanya pada Allah dulu, bisnes apa yang boleh membuatkan kita menolong ramai orang? Apa yang kita boleh beri kepada DUNIA?...Kita start dengan berfikir untuk memberi dulu...Insyaallah kalau kita bermula dengan Allah, segala pulangannya, keuntungannya, kita tak payah fikir dulu, ia akan datang macam magik je..Ia akan datang dengan sendirinya...Kita akan jadi MAGNET...MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN !!!!...

WALLAHU'ALAM...

Salam Maulidurrasul untuk semua... :)

~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari..~

ALLAH MAHA LUAS (AL-WASI')
Orang yang memiliki beban pekerjaan dan tanggungjawab yang berat rasanya tidak dapat mereka pikul akan beroleh kekuatan dan keringanan jika mereka terus-menerus membaca nama ini.Orang-orang yang mempunyai penyakit iri dan dendam akan sembuh dengan berulang-ulang membaca nama ini. Membaca Ya Wasi' sebanyak 170 kali dapat menyembuhkan seseorang dari kemurungan.

USAHAWAN MANJA?

USAHAWAN MANJA?

Dalam beberapa minggu ni kami dapat beberapa kes yang sama isu mengenai usahawan. ( Macam detektif pulak :0)

Boleh kata setiap usahawan pasti ada mengalami situasi ini. Iaitu usahawan yang bermentaliti tolong orang semborono (bahasa jawa dah keluaq... ).

Ramai yang tengah sedih sebab orang yang anda tolong, yang anda bagi pinjam duit, orang yang anda bagi hutang tapi dia buat hal? ...Sedangkan orang ni kita dah anggap macam keluarga. Betul kan?

Sebenarnya, kita semua ni sebagai makhluk Allah yang kerdil pasti ada satu sifat yang ingin membantu orang lain. Ada di sudut hati kecil kita, kalau boleh nak tolong semua orang susah..keluarga yang susah,anak yatim, orang yang ditimpa musibah dan sebagainya. Kalau ada yang tak ada perasaan nak tolong orang ni, saya tak taulah dia dalam kategori apa...

Tapi....ramai yang terkena, mula-mula bila dengar cerita dia, kita jadi kesian.Ye lah, siapa tak kesian kalau dia cerita payment projek dia belum dapat, sedangkan dia ada anak bini nak disuapkan makan. Pastu anak tengah rawatan pulak.

Ada pulak cerita, suami malas bekerja..isteri sorang saja ke hulu ke hilir bekerja atau berbisnes nak bagi 5 orang anak makan...Ada pulak cerita, dia pernah ditipu oleh rakan niaga, ditinggalkan sehelai sepinggang, duit dia habis digunakan oleh business partner.

Sebagai manusia biasa, pasti kita kesian kan?...Kita pun start lah tolong bagi ambik dulu produk kita, bayar kemudian.Mula-mula dia bayar...makin lama dah naik lemak!. Dah lah tak nak bayar, tipu kita lagi..ada yang lari pulak tu..Sedihhhh sangat,sedangkan kita dah anggap macam saudara..

Macam pernah experience jer?...Memang betul, tak dapat dinafikan, semua orang pasti mengalaminya. Kami pun sama hampir RM60K orang hutang akibat kelemahan kami.

Bila saya belajar dari pengalaman sendiri dan orang di sekeliling, saya dapati kita semua dah tersalah tolong orang. Ataupun tolong orang yang salah.

Bagi saya kalau lah uols ni baik sangat kan. Rasa nak tolong orang sangat kan?. Apa kata, lebih baik tolong anak-anak yatim?. Atau tolong orang- orang susah yang dok mintak sedekah tu?. Ataupun tolong derma kat orang yang nak buat masjid.

Ataupun tolonglah orang-orang yang kurang keupayaan. Yang dekat tengah-tengah kota KL, berapa ramai orang yang "homeless"?. Atau tolong bangsa banjir?. Atau hantar sumbangan ke Gaza?. Saudara mara pun banyak lagi yang susah. Kan?

Ni orang yang anda tolong tu ada cukup sifatnya. Kaki, tangan, hidung, mulut, telinga. Otak pun masih boleh berfungsi seperti biasa. Buat apa nak tolong sampai macam tu?

Bukan saya kata jangan tolong langsung. Kalau orang yang dalam kesusahan memang wajib kita tolong. Cuma, tolong lah berpada-pada. Setakat tolong belikan beras cukuplah. Ni ada yang dah lah tolong masakkan nasik, pastu tolong suap pulak nasik tu!

Sudah - sudah lah mentaliti tolong orang semborono ni. Nanti last-last hilang kawan. Sedih kan?

Sebenarnya, kalau orang yang nak ditolong tu berjiwa bisnes atau usahawan, dia perlu berjiwa kental! Dia perlu ada kekuatan! Jadi, jangan terlalu manjakan dia, asyik kena tolonggg je. Asyik nak pinjammm jer. Kalau nak jadi usahawan berjaya, tak boleh manja - manja!!...

Lepaskan saja dia untuk bina jati diri. Itulah baru sifat usahawan yang berani. Yang tak mengharap kat orang lain. Yang boleh berdikari. Yang ada sifat keperwiraan berjuang di medan bisnes!..

Dan jangan lupa satu perkara penting ni. Usahawan melayu ramai yang GAGAL akibat suka BERHUTANG dan suka bagi orang hutang!!.. Uols NAK?...Saya tak nak... :)

WALLAHU'ALAM...

♡Jom kita istighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari.. :) ♡

STAFF KOMPLOT DENGAN STOKIS?



HAPPY BIRTHDAY MIZA


Fiqa siap mintak tolong Nana Stokis Ganu mesej Miza sebab nak kenakan Miza.
Nana mesej, kek semalam yang hantar ke Ganu tak cukup 100 dalam 3 kotak?..
Whatttt?...
Masalahnya bukan Miza yang terkejut. Miza kondifen je. Sebab dia dah kira.
Yang sepraisnya ahkakkk ni la. Huwaaa...
Apapun kami doakan Miza panjang umur dan diberi Allah rezeki yang melimpah ruahhhh..okay sayang?..

GUNA KABEL KE?

GUNA KABEL KE?

Saya belajar sesuatu yang sangat berharga semalam. Ramai yang tahu, semalam kami ada 'meeting' dengan 7 eleven. Projek 7 Eleven ini ialah projek dealer kami Linda. Dan dia bukan berstatus Stokis.

Sebenarnya kan, yang nak cerita ni bukan proses macamana nak deal dengan 7 eleven, tetapi lebih besar dari itu.

Linda ni sebenarnya bekas kakitangan 7 Eleven. Masa dia nak start jadi dealer... dulu, dia datang berjumpa dengan kami untuk berkenalan. Dan masa tu dia baru seminggu berhenti kerja di 7 Eleven kalau tak salah saya.

Jadi suami kata kat Linda, try lah masuk 7E yang sebenarnya memang dah ada yang try approach,tapi semuanya tak berjaya.

Linda pun macam ternampak jalannya. Dia pun contact ex-bossnya dan tanya bagaimana proses nak edar produk ke 7E. Dan di situlah segalanya bermula.

Mesti ada yang kata, ohhhh patut lah, ada kabel besar rupanya...Betul!...Kabel yang sangat-sangat besar!!...Kabelnya ialah The Power of Relationship.

Semasa bekerja dulu, Linda sebenarnya seorang yang sangat bagus dan sentiasa menjaga hubungan dengan bos-bosnya. Ni bukanlah Linda yang cerita, cuma saya yang rasa macam tu..sebab ingat senang ke ex boss kita nak setuju nak deal business dengan kita kalau masa bekerja dulu boss tak suka dengan kita?

Tak mungkin Linda dapat buat appointment dengan ex-bossnya kalau dia jenis malas, suka ponteng, lawan cakap bos ke..atau yang jenis buat bos kepala pusing.

Dan saya yakin, Linda ada 'value' yang tersendiri. Dan dia pun resign dengan baik, bukannya lari blah macam tu saja. Boss mana tak appreciate? Dan ex-boss nya ni ada sebut semalam, Linda seorang yang ringan tulang, senang di minta tolong, orang yang tak berkira kerja. Nampak tak?..

Nampak tak betapa pentingnya menjaga hubungan? Kalau nak resign sekalipun, resignlah elok-elok..kita tak tahu satu hari nanti mungkin kita akan bekerjasama dalam bisnes ke...Yang saya nampak, semuanya Allah atur cantik sekali buat orang yang ikhlas bekerja, menjalankan tanggungjawab yang terbaik masa bekerja.

Kalaulah Linda ni macam ramai yang luar tu...asyik buat boss pening jer.. asyik 'MC' je kerjanya.. asyik buat kerja pun salah jer...slowww pulak tu, ingat nak ke ex-bossnya deal bisnes dengan dia?..Mesti ex-bossnya cakap, mintak ampun la...budak ni dulu asyik curi tulang jer...takkan nak berbisnes dengan orang macam tu? What you do anything is what you do everything, right?...Bos takut dekkk.... boss takkan nak punyer dekkk...

Dan sebenarnya Linda dan kami menjalani proses membekalkan produk ke 7E tu macam biasa, sama macam orang lain jugak. Walaupun kenal, tapi ex-bossnya sangat strict!..Semuanya masih tetap kena ikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Contoh untuk supply produk ke 7E yang paling penting, kena ada HALAL. Lepas tu dia akan bawa masuk ke 2 meeting lagi. Lepas tu site visit lagi. Dan banyak lah proses lagi sebelum di approve.

Itu cerita lain, yang paling saya nampak di sini ialah, KABEL yang paling besar ialah DIRI KITA SENDIRI. Kalau kita jenis orang yang berattitude, jaga relationship tak kira dengan siapa sekalipun, tengoklah pasti segalanya jadi mudah!...

WALLAHU'ALAM...

♡Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari....:) ♡

THE POWER OF RENDAH HATI

Ada yang kata, orang yang rendah hatinya (humility), yang lembut sangat hatinya yang humble tidak bagus. Sebab orang lain boleh take advantage.
Kalau ada pekerja pulak, nanti pekerja pulak naik lemak.
Saya tak setuju.
Kerendahan hati itu sangat power!..Membuatkan orang lain semakin lembut hati, dan hormat. Bukan keras hati padanya.

Orang yang sombong dan angkuh jarang berjaya...  

KISAH THE BILLIONAIRE - TAO KAE NOI - PART 2

Ok sambung part semalam. Lepas Top pindah kiosk dia ke prime location, nak tau apa jadi?..
1st day pakcik dia call, sales langsung tak ada hari tu!..ZERO!..Tak ada customer langsung. Top kata pada pakcik dia, takpe sabar sabar..hihii..baru 1st day kan?...
Esoknya, 2nd day nak tau apa jadi pulak? Pakcik dia dah mula tak menang tangan. Yes!!.. kalau dia dah give up semalam? Sentap kan? Ada tak uols yang 1st day tak ada sales dah kelam kabut? Dah give up?...Hihihiii....mesti ada...
Ok. Then bisnes chestnut pun berkembang. Oh ya, yang bestnya kepala otak bisnes Top yang ngetop ni, bila dia tengok 1st day sales dah meletop, nak tau dia kata apa kat pakcik dia?
Dia kata, kalau sales macam ni, cuba kira untuk sebulan. Itu baru 1 kiosk. Kalau ada 10 kiosk? Dia kata sebulan boleh capai 1 juta baht ni. Ok tak pakcik?
Pakcik dia kata jangannn inikan baru 1st day. Top kata, kalau 1st day dah boleh cover sebulan (rasanya), mestilah ok.
Pakcik dia kata, habis tanya dia buat apa?..hihii..Macam pernah alami je situasi ni  Tapi yang powernya lagi, Top ni siap tulis kat tapak tangan dia...1JUTA BAHT!....
Power kan? Macam-macam power dia apply kat situ. The power of multiplication & The power of writing. Memang salute lah budak ni!..
Dan dia pun terus bukak beberapa cawangan chestnut dia.
One fine day... Customer tengah ramai ni. Manager pasaraya tu datang kiosk dia. Dia warning Top pasal siling pasaraya tu dah jadi hitam betul-betul atas kiosk chestnut. Ye lah, asap daripada bakar chestnut tu lah. Kalau tak buat sesuatu, manager tu akan tarik balik kiosk tersebut.
Yeeehaaaa!!...Cabaran bermula!...
Dia kata ok, dia akan betulkan. Yang lawaknya, ye lah budak 19 tahun, what do u expect? Dia cat siling tu time orang tengah ramai. Pastu cat menitik-nitik atas muka dia, habis menitik merata-rata tempat...hihii..so cute!..
Pastu kenalah marah!..Ok lah..dia terpaksa buat tengah malam pulak. Time pasaraya dah tutup barulah boleh cat. Kasih ibu tu memang tak dapat dinafikanlah kan....Ibu dialah yang temankan anak tengah-tengah malam. Pegang tangga takut anak jatuh. Huhuuuu....
Masa tu mak dengan ayah dia belum ke China.
Ok next sambung. 
Isu bakar chestnut dan siling pasaraya jadi hitam tu membuatkan Top sedih..Tapi tak lah melampau sangat sedihnya. Rasanya tak sampai tahap main biola. Kalau kita?...kikikii...

Masa Top tengah serabut tu, girlfriend dia pun datang nak tenangkan dia. Masa ni lah, bermula segalanya...Masa ni lah cinta seaweednya bermula...
Girlfriend dia nak bagi Top ni happy kan, dia pun ajak ke Chinatown untuk makan-makan. Nak tau apa Top cakap? Ala, jem la tempat tu...susah dapat parking..Kuikuikuii....macam pernah ku dengar kata-kata itu. Tapi di mana ya?..Mungkin sifat lelaki memang macam tu kot.
Haha!..

Dan girlfriend dia cakap takpe, dia boleh tunggu (parking)...Hihii...memang perempuan penyabar kot ye  
Dan dalam perjalanan itulah girlfriend dia makan seaweed yang dibelinya. Top pun rasa, dan itulah bermulanya CINTA SEAWEED....hihii...

Alamak macam dah panjang je. Macam kena sambung lagi esok je...Hihi..uols lagi best tengok sendiri tau. Download pun boleh...Memang menarik, anak-anak pun suka tengok.
Ok jutawan, i got to go now. Esok insyaallah sambung lagi kay...Salam kejayaan dan kekayaan untuk anda semua!!..
 Indahnya hati dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah... 

DEMI SESUAP NASI

DEMI SESUAP NASI

Seorang staff Indonesia saya Yuli bertanya semalam, ke mana saya hantar anak sulung saya Adam Haqimy?

Saya jawab ke asrama..Iyaaa?..Yuli tanya dengan nada sedih. Kesiannya kata Yuli..


Ishh pelik pulak Yuli ni.. ...

Sedangkan kalau dia nak tahu, selama 13 tahun saya ada pembantu rumah dan 4 tahun ada pekerja Indonesia di 'kilang' kami ni, kekuatan yang saya ada sekarang ni adalah dari mereka.

Banyak yang saya belajar dari mereka terutamanya kekuatan seorang ibu untuk tinggalkan anak-anak dan berpisah bertahun lamanya di kampung demi sesuap nasi.

♡Terima kasih kerana memberi saya kekuatan dan inspirasi.... :) ♡

Monday, September 29, 2014

NAK BERANGAN JAP..



Teringinlah nak ada rumah depan sungai macam ni....
Amannya...tenangnya....best kan?
Bayangkan, bunyi air sungai, bunyi unggas-unggas..kalau subuh-subuh mesti lah lagi aman jer...
Uols, boleh ke id atau landscaper buat sungai buatan?



The power of berangan  

Aktiviti Yang Awesome

- Oleh : Junaidy Abu Bakar







Aktiviti minggu lepas yang awesome...

- sessi diskusi bersama Technical Advisor Anis Food S/B Abg Zull Design aka Macgyver Malaysia di Kilang baru.
- sessi photografi untuk majalah Harmoni utk keluaran November 2014 ...
- sessi menghantar Mentor kami Dr. Azizan Osman & Keluarga utk ke Tanah Suci Mecca

TALIAN UNTUK TEMPAHAN


Tadi Fiqa adik staff mesej.
Kak Anis, ni no hp untuk customer nak whattsapp yer. Kalau ada pertanyaan tentang kek 1 kg ke atau kek untuk doorgift wedding ke. Kak Anis dan Yana bagi no ni kay,
019-6552991/ 03-55240966
Okay tq Fiqa. 

Perhatian untuk Admin Manager adik Liyana Ameera jugak yer 

Kuih Samperit Dahlia Kak Chik

Dulu heran jugak, awat pulak budak zaman lani suka sangat samperit dahlia ni..
Rupanya Kak Rose buat untuk Upin Ipin! .
Patut lah laju gila!..Tak abih-abih kakcik dok restock. Terbaiklah Sharizayob Kak Chik

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Oleh : Sharizayob Kak Chik




Hari Raya Aidil Adha akan muncul tak lama lagi. Utk kawan - kawan yang tak berkesempatan untuk menyediakan kuih raya, apa kata singgah di kedai Anis CMC untuk memilih biskut2 plihan anda.

Kuih semperit @ Dahlia Kak Chik pun ada. Stok baru je masuk semalam. Cepat sebelum kehabisan.

#kakchikbankofcookiesandcakes

THE POWER OF 20

Kebanyakan orang sales dah tahu tentang ini.
Untuk dapat 1 yes, mereka perlu melalui 20 rejection dahulu!..
Rejection adalah normal bagi orang berjaya!..

Friday, September 26, 2014

BERANI BERANGAN

BERANI BERANGAN

Kesian bila kami perhatikan, ramai yang tak berani atau takut berimpian. Tapi itu lah kan, dulu saya pun sama jugak sebenarnya. Sekarang saya anggap perkara macam tu sangat mudah. Berangan je lah..itu pun susah?...

Tapi...manusia memang macam tu kot. Dulu, saya ingat lagi, bila bekerja...saya tak nampak peluang lain. Saya ter'stuck' dengan kerja dan gaji. Nak dapat kehidupan yang lebih baik tu memang tak nampak langsung. Sering tertanya, macamana.. Macamana?

Kadang-kadang mungkin sebab apa yang kita pernah cita-cita kan tak dapat. Boleh kata hampir semua daripada kita masa darjah 1 dulu Cikgu tanya bila besar nak jadi apa?.. No 1 nak jadi Doktor.. pastu kalau lelaki pulak nak jadi polis ataupun askar. Betul kan?.. Tapi...boleh kata semua tak dapat pun....

Kenapa?..

Saya rasa sebabnya ialah kita tak yakin nak dapat!.. Kenapa tak yakin?.. Sebab kita tengok orang sekeliling kita semua tak dapat pun.. Makin lama, makin tak yakin yang kita cita-citakan itu akan dapat.

Semuanya pada pendapat saya adalah kerana kita tak diajar untuk 'create' keyakinan pada Allah...

Wah!!...Boleh 'create' ke yakin pada Allah ni?

Mesti boleh!...

Macamana?...
Start dengan BERSYUKUR. Setiap apa yang Allah bagi pada kita, tubuh badan kita..kaki, tangan, mata, hidung, telinga, otak, rambut, organ dalaman... pastu udara, air, cahaya... Bersyukur dengan semua anugerah Allah tu..

Rumah kita, kereta kita, sekecik mana pun itu adalah pemberian Allah.Ibu ayah, suami, isteri, anak-anak...itu juga hadiah dari Allah.. Bisnes kita, kerja kita..itu juga suatu nikmat yang Allah beri.

Ada yang terlupa nak bersyukur pasal tu kan?.. Sebab itulah tak yakin pada Allah. Sebab bila kita terlupa bahawa sebenarnya hanya dengan bersyukur sahaja, dengan berterima kasih saja pada Allah.. Allah akan tambah lagi nikmatnya!

Bila Allah beri pulak.. walaupun kecil, tapi kita nampak dan bersyukur..sebab itulah Allah nak beri lagi, nak beri lagi.Betul ke?.. Kalau saya salah tolong betulkan saya ye ustaz, ustazah...

Bila dah nampak setiap pemberian Allah, barulah timbul keyakinan yang tinggi!... Masa tu, apa yang diimpikan terus boleh nampak memang akan dapat. Cuma waktunya saja kita tak tahu. Tapi tak kisah bila... sebab kita tahu, harinya akan tiba jua.. kerana Allah Maha Pemberi Rezeki!!...

WALLAHU'ALAM....

♡Jom beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari... :)♡

FOKUS YANG BEST JE...

FOKUS YANG BEST JE....

Setiap hari macam-macam yang kita akan hadapi. Ada yang selalu dapat berita baik, ada yang selalu dapat berita tak gembira.

Tapi semua tu terpulang pada seseorang juga. Bagaimana dia melihat sesuatu keadaan dan bagaimana dia handle titik fokus dia.

Kalau diikutkan, semua orang menghadapi masalah atau cabaran yang sama setiap hari. Jangan ingat mereka yang berjaya tu tak ada cabarannya. Dan jangan ingat anda saja yang di uji dengan dugaan demi dugaan.

Kalau pasal dugaan macam ni.....

  • Kena reject
  • Customer hutang 
  • Susah dapat pekerja yg bagus
  • Ejen tak aktif
  • Modal untuk rolling
  • Orang tak appreciate
  • Kena kritik
Kalau dugaan macam ni, semua orang pun hadapi juga. Cuma yang membezakannya ialah tahap fokus seseorang itu.

Apa yang dia fokus?..

Setiap hari, dari awal pagi lagi, dia fokus dan expect mendapat berita gembira dari Allah setiap hari. Dia berangan hari ni mesti dia akan dapat berita gembira. Tak kisah berita apa sekalipun, pasal bisnes atau pasal kerja atau pasal personal. Yang penting semuanya good news belaka.

Maafkan saya, dulu staff saya selalu update pasal kek yang ada return bila dorang hantar ke outlet-outet. Yang bertambah tak bestnya, dorang update awal-awal pagi. Bukan tak nak tau pasal return atau komplen.. tapi itu bukan fokus utama. Walaupun sebenarnya yang return tu tak banyak mana, kadang-kadang 2 biji je, atau 5 biji return. Tapi getaran yang sampai amatlah tak best.

Jadi, saya mintak staff saya tukar style. Saya mintak dorang update berapa kek yang habis dan update outlet - outlet yang keknya habis lucin. Kalau nak citer pasal yang return, citerlah petang-petang... Alhamdulillah, lepas tu semuanya dengar update - update yang best-best jer.. Nampak thumbs up jer dalam whattsap tu... Bukan tak ada yang return, tapi kalau kita tak fokus ke situ, nampak sale pun makin meningkat. Betul....best tau!!...

Kalau pagi - pagi dah dengar citer sedih ni, atau citer eksiden ke, jalan jem ke...alangkah tak bestnya getaran yang kita beri.... boleh kasi pecah aura orang lain tau.. Kalau dengan berita yang kita bawak tu membuatkan orang lain risau, takut, berdebar, kecewa... Bermaksud, nampak tak betapa walaupun kecil apa yang kita sebutkan, memberi erti yang sangat besar kepada orang lain dan boleh mempengaruhi kehidupan dia. Nampak tak contribution kita pada orang lain?..

Makin teruk lagi, sebab kata-kata u yang tak best tu lama-lama masuk dalam subconcious mind dia tanpa sedar dan dipilih menjadi program atau pemikiran dia...dan itulah rupanya punca dia berjaya atau gagal dalam hidup. Nak ke contribute kegagalan untuk hidup orang lain?.. Paling teruk orang yang kita pengaruhi pulak adalah pasangan kita sendiri atau anak-anak kita sendiri?..Amacam?...

Jadi, pilihlah untuk berkata - kata yang baik - baik dan menghiburkan saja.... Terutamanya pagi-pagi, jangan pecah aura kita sendiri dan pecahkan aura orang lain dengan angin kita yang tak menentu..Ada yang pagi-pagi lagi dah marah-marah...

Kesiannn...., apa kata pagi - pagi kita start puji Allah, bersyukur, supaya kita nampak banyaknya nikmat yang Allah bagi tak putus - putus pada kita... Kita juga boleh start puji orang atau share happiness dengan orang tentang kejayaan dia.

Jangan terlalu menyebut tentang "masalahnya....." atau "cabarannya..." kerana orang yang selalu menyebut tentang masalah akan menarik banyak masalah...Nak?.. Saya tak nak.. saya nak tarik kekayaan dan kejayaan jer.. nak tarik citer-citer yang happy saja...

Ok guys, let's enjoy your life today...tapi ingat, sentiasa dahulukan dengan Allah kay.. sori panjang sangat...:)

♥ Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari...:) ♥

[ SOALAN : TIADA ILMU KEKUATAN BISNES ]

Soalan:

Assalamualaikum,
Saya sudah bekerja kerajaan selama 13 tahun dan selama itu juga saya sentiasa bercita - cita mahu membuka perniagaan tetapi tiada ilmu dan kekuatan. Kerana contoh yang biasa saya lihat perniagaan bukanlah mudah.. Itu dulu tetapi bila saya berjumpa Dr Azizan Osman dan rakan - rakan jutawan lain saya rasa saya ada harapan utk merealisasikan impian saya.

Jawapan:

Sebenarnya, kalau dah... ada ilmu..buat lah bisnes apa pun..insyaAllah rasa smooth saja. Rasa mudah saja.

Tapi bukanlah orang yang dah berjaya ni tidak diturunkan ujian. Mereka tetap ada cabaran tersendiri, malah lebih hebat lagi. Tapi, cara pemikiran mereka, cara tindakan mereka dah lain.

Dalaman mereka dah terlalu kukuh. Sukar untuk dirobohkan. Mereka tahu, semua itu ujian untuk sementara sahaja. Sebab itu mereka ni tak give up.

Dan jangan terlalu percaya dengan persepsi bahawa bisnes tu terlalu susah! Ini kerana kita terlalu terpengaruh dengan kata-kata budaya masyarakat kita yang tak suka berbisnes. Yang tak pernah pun berbisnes.

Jadi mereka cuma nampak yang gagal sahaja. Perasan tak, terlalu ramai orang kita yang berjaya di luar sana? Macamana mereka boleh berjaya?. Haa...cari mereka, berkawan dengan mereka, tiru attitude mereka! As simple as that!..

Kalau kita fikir susah, memang kita tak nampak jalannya. Tapi kalau kita fikir semuanya mudah, insyaAllah ada saja caranya.

Semua orang pasti ada harapan yang cerah. Bagi yang ada ilmu pasti faham hidup kita boleh di design. Jadi, nak takut apa?. Design dan serahkan saja pada Allah. Kan Allah dah kata Man Jadda Wa Jadda?

[ Luahan hati seorang yang meninggalkan kerjaya dan berbisnes ]

Petikan luahan hati hamba Allah yang meninggalkan kerjaya dan berbisnes.

Salam,

Saya sangat terharu dan tertarik dengan kata-kata nasihat yang begitu inspiring....yang saya sangat perlukan ketika perniagaan francais saya boleh dianggap sebagai satu liabiliti kepada saya.

Tapi saya tak nak kerja balik sebagai lawyer..takkan nak patah balik...bak kata tuan/puan..setiap kesusahan itu adalah nikmat..dan tujuan saya berhenti atas faktor kesihatan ayah (memandangkan saya jer anak yg tinggal) dan mulakan perniagaan adalah nikmat yang paling berharga sebab tak perlu apply cuti dgn majikan dan temankan ayah pergi buat check up dgn senang hati tanpa ada gangguan dari ofis tanya fail itu dan ini:)

Dulu saya terlalu fokus kepada persoalan kenapa susah @ terlalu fokus pada masalah...sekarang dengan kata - kata semangat DAO & tuan/puan banyak buka mata saya agar fokus kepada solution. Memang kalau fikir masalah tension dibuatnya.

Saya berdoa dan alhamdulillah Allah bukakan jalan sedikit demi sedikit untuk saya plan dan menimba ilmu demi untuk achieve impian saya.

Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri.

THE POWER OF SEDEKAH - oleh Najib

THE POWER OF SEDEKAH
Oleh : Najib Stokis KL

Cerita ini adalah perkongsian dari Stokis KL Tuan Najib.

Sedang minum sorang-sorang ada seorang pakcik datang bawak fail derma buat masjid kat Thailand.

Saya tanya banyak lagi ke tak siap masjid tu. Pakcik tu jawab banyak lagi nak beli simen dan batu tiles....

Saya pun seluk poket dan terus beri kat pakcik tu (besar pada saya jumlahnya). Lepas tu pakcik simpan duit, dia hulur salam sambil berkata "Kita jumpa nanti di mahkamah Allah".......meremang bulu roma saya masa tu bila dengar mahkamah.Macam buat salah pulak.

Pendek cerita malam tu saya closing dapat jualan tertinggi RM4k. Saya yakin sedekah itu adalah kunci rezeki. Terima kasih kepada yang mengajar saya tentang The power of Sedekah!!...
 

TERSALAH 'AYAT' NAK MINTA PADA ALLAH??

DOA PUN SALAH...

Dalam sesi perkongsian dengan para pengedar semalam, ada sesuatu yang saya ingin kongsikan, yang saya lihat ramai yang sangat terkesan dengan kata-kata Tuan CEO kami merangkap suami saya. Uols ni nak dengar ke?...

Saya tak sangka jugak sebenarnya ramai yang tak berapa nak faham lagi pasal ni.. Itu lah dia, pergi seminar sana sini...tambah-tambah pergi yang half day je dah ingat pandai.. dah tak tambah ilmu lagi...

Rupanya banyak yang belum faham lagi bab ni.. Sebab tu lah ramai yang masih nak sebut lagi kata-kata negatif, yang masih tak kisah lagi nak cakap apa, yang masih tak rasa apa-apa tentang:

"
Kata - kata itu adalah satu doa".


Suami saya ada sentuh tentang minda. Dia sebut lebih kurang macam ni, dia kata : 

"minda kita ni sangat powerful sebenarnya, subconcious mind ni sifatnya, dia absorb je segala patah perkataan yang kita katakan.Dia tak tahu betul atau tidak, positif atau negatif, kerja dia absorb je.."

Sebab tu, suami saya kata jangan salah doa.

Contohnya macam ni, ramai yang doa: 

"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah aku dari kemiskinan...Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah aku dari sebarang penyakit...".

Agak-agak betul ke kata-kata macam ni?..

Kalau anda selalu doa macam ni, patutlah hidup anda tak kaya-kaya lagi. Patutlah sekejap-sekejap migrain, sekejap-sekejap nak demam. Sekejap-sekejap sakit pinggang. Ye lah, dah hari - hari doa. Subconcious mind pulak tangkap perkataan "miskin" dan "penyakit" tu...Sebab apa?..

Sebab....itu adalah sifat subconcious mind. Minda kita ni dia tak nampak perkataan. Yang dia nampak hanya objek. Jadi, bila kita sebut jauhi kemiskinan, apa yang kita terbayangkan di minda?..
Terbayang orang miskin, kan?..Kalau doa pulak, jauhi dari penyakit...Apa yang kita nampak di minda?..Nampak orang sakit kan?.

Salah sorang stokis kami Nizam pun share pengalaman dia pasal ni. Kata Nizam, isteri dia bekerja di international company. Tahu sajalah kerja dengan mat saleh ni.. Kalau nak marah, dia tak simpan-simpan lagi dah. Jadi isteri Nizam ni pun hari-hari berdoa, 

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku tak nak cuai hari ni..aku tak nak kena marah hari ni"

Tapi hari - hari dia tetap kena marah.. Jadi Nizam pun cakap pada isteri dia:
"apa kata tukar doa tu kepada nak kerja dengan lebih baik, nak menggembirakan bos dan faham dengan apa yang boss arahkan..."

 Lebih kurang macam tu lah bunyinya. Tapi yang bestnya kata Nizam, lepas tu alhamdulillah...isteri dia dah tak ada masalah kena marah dengan boss lagi!..

Nampak tak?...Faham tak?...
Berbuih Dr.Azizan ajar.."kata-kata itu adalah satu doa".. Tapi masih nak sebut yang tak elok.. Masih suka cakap yang negatif.. Tu la, pegi seminar pun sekali je rasa dah pandai..
Balik rumah, tak cari kawan positif...pastu buat aktiviti macam biasa balik, tengok tv..baca paper....hihihii...patut la masih sebut yang negatif.

Cer balik, tambah lagi ilmu..Baca buku, ni balik baca novel. Citer pulak frust cinta sana sini.. Citer pasal suami main kayu tiga. Masih tak faham lah tu, benda tu dok tanam dalam minda.. Nanti lama-lama risau suami ni asyik dok balik lambat je...
Entah-entah....???
Tup tup bayangan yang kita baca dalam novel tu pun akan muncul satu demi satu...Kalau sekali takpa..tapi kalau dah tiap-tiap malam dan dah bertahun terbayang suami main kayu tiga..akhirnya?????....Nak?...

Habis kalau tak nak..baca lah lagi novel macam tu.. Kalau suka sangat nak baca novel, baca novel yang positif sikit..yang buat suami boleh rasa nak balik awal jer...ishhh takkan nak citer kat sini kan, nak suh baca novel apa?..hehehe...paham-paham je lah kay..
Tak tau lah uols faham ke faham... Sangat penting perkara ni.. Jaga kata-kata, jaga doa kayy... Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia akhirat 

 Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari  

Thursday, September 25, 2014

ILMU HADAPI REJECTION

ILMU HADAPI REJECTION

Ilmu yang saya nak ceritakan ni kan, baik anda dengar betul-betul..Sebab memang anda tak akan dapat belajar kat mana-mana...Anthony Robbins ke, T.Harv Eker ke..Tapi diajar di satu universiti ni je..iaitu University of Life..nak tau kat mana, tanya pakcik google ye..
:)

Ilmunya ialah tentang Hikmah Redha. Atau nak bagi mudah faham ialah The power of Redha.Kalau sepanjang 7 tahun kami berbisnes ni, banyak kali kami berjumpa dengan kes melibatkan redha ni.

Tapi kali ni nak citer dari pengalaman Stokis kami yang masih panas lagi. Kejadian ni baru berlaku 3 hari yang lalu.

Semalam Stokis Terengganu Natrah contact saya. Dia tunjuk gambar kedai yang mereka suami isteri nak bukak 4 Januari 2014 (hari ni).

Balik dari IMKK (satu program Dr.Azizan Osman), terus diorang bayar duit deposit. Mintak kunci nak buat kerja, tapi owner kedai tak bagi kunci.Takpelah, diorang pun mula beroperasi mengecat, buat wiring, mencuci dan sebagainya.

Habis je kerja-kerja tu semua, mintak kunci...pun masih tak nak bagi. Tuan rumah dah mula buat hal. Dia tak nak sewakan pulak!!...Huwaaa...... Macamana ni, duit deposit dah bayar... kedai dah buat elok dah...

Bermacam-macam alasan tuan kedai kasi sebab dia tak jadi nak sewakan kedai.. Dah lah cat pakai yang mahal tu... Cat nippon tauuu...Huhu...

Akhirnya Stokis kami ni mintak lah deposit balik. Takpelah kalau dah bukan rezeki, diorang terima dugaan ni dengan hati yang rendah dan terbuka.

Tapi.....dia buat liat nak bagi balik duit deposit tu.. Adoi..., manusia macam ni pun ada ke?.. Lepas dah bincang elok-elok, akhirnya dia bagi balik deposit... dengan syarat kena cat semula kedai dia. Tak nak cat yang murah pulak..nak cat yang mahal, plug semua dia suruh tanggalkan. Huhuu.. sampai macam tu sekali owner kedai tu sanggup buat kan?..Ishhh...ishh..

Saya cakap takpe Natrah, Taqin..ni semua turning point ni. Allah nak bagi yang lebih best ni..Yang penting jangan give up.

Natrah dan Taqin cakap. Lepas tak jadi sewa kedai dengan makcik tu...diorang ni langsung tak give up!..Natrah kata, walau apa pun, diorang tetap nak bukak kedai jugak Januari 2014 ni.

Jeng jeng jeng....

Yang bestnya, lepas diorang memaafkan makcik tu, dan redha dengan ujian yang Allah bagi pada diorang ni..

Tak lama....esok jer...Dah dapat kedai lain!.. Memang betul-betul Allah nak bagi yang lebih baik, kedai baru ni lebih dekat dengan bandar Kuala Terengganu, kedai pun lebih besar...dan yang bestnya, owner kedai tu jenis yang tak cerewet langsung!!...

Wahhhhh!! ...Kan dah kata, ujian yang hebat adalah untuk orang-orang yang hebat!!... Nampak tak, pengajaran apa yang Allah nak tunjukkan?..

Buat apa pun jangan give up!. Kalau dapat ujian, pasti sebab Allah nak menguji tahap kesabaran kita sebab Dia nak naikkan darjat kita ke tahap yang lebih tinggi!

Kalau dapat rejection lepas berjumpa dengan prospek lepas ni, tak kira lah bisnes apa sekalipun...bawak bersabar dan redha!!..Jangan pulak ada rasa dendam dan marah kalau dah kena reject.

Banyakkan beristighfar... serahkan saja pada Allah.. insyaallah, dengan kuasa dan magik yang ada pada Allah... tengoklah, sooner or sooner, tak lama lagi dia akan panggil balik..Yang penting, kena ada sifat redha dan memaafkan..

Tahniah Stokis Ganu kiter... :)

WALLAHU'ALAM...

♥Jom beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari :) ♥
 

MINDA ORANG KAYA

MINDA ORANG KAYA

Kenapa ya ada orang senang jadi kaya, macam ada MIDAS TOUCH atau sentuhan emas? Buat bisnes apa pun dia pasti berjaya.. Tetapi ada orang struggle untuk jadi kaya..bekerja siang malam pagi petang tapi tetap tak kaya-kaya atau lebih teruk jatuh miskin?

Analoginya..

Di dalam satu Seminar, contohnya Seminar DUNIA USAHAWAN, terdapat 2 orang yang duduk bersebelahan dalam dewan yang sangat besar di Wisma MCA. Mereka belajar dari guru yang sama, strategi yang sama,teknik yang sama, tetapi seorang yang menggunakan strategi tersebut berjaya dengan mudahnya tetapi kawan di sebelahnya tetap menggunakan strategi yang sama tetapi tidak berjaya. Lebih teruk lagi jika sama-sama dari bidang yang sama tetapi bukan kedua-duanya yang berjaya.

Ada juga kes orang yang kaya, jatuh dalam bisnes berkali-kali tetapi bangkit lagi dan berjaya lagi. Kenapa pula? Ini terjadi kerana mereka hanya kehilangan wang atau kekayaan tetapi mereka tidak hilang kuasa pemikiran yang mereka ada iaitu kuasa minda jutawan.Segala-galanya sebenarnya terletak di MINDA.

Kenapa semua ini berlaku? 
Kenapa kita tidak mempunyai kuasa minda jutawan?


  1. Mind set - pengaruh zaman kanak-kanak.
    Perkara pertama yang menjadikan kita tidak mempunyai kuasa minda jutawan ialah pengaruh pengalaman zaman kanak-kanak kita yang akhirnya menjadi MIND SET kita.

Kata-kata ini atau salah sangka ini kita pernah dengar semasa zaman kanak-kanak tentang wang,kekayaan, orang kaya dan lain-lain. Inilah yang mempengaruhi minda kita dari kita kecil sehingga kita dewasa. Jika kita tak reprogramkan semula salah sangka ini, sampai bila pun kita tidak akan mempunyai kuasa minda jutawan..atau kita tidak layak untuk jadi jutawan (atau sekurang-kurangnya untuk jadi kaya..).

  • Duitlah punca segala kejahatan, 
  • Orang kaya selalunya tamak.
  • Duit dan kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan
  • Orang kaya semakin kaya,Orang miskin semakin miskin.
  • Cukuplah dengan apa yang ada..tak perlu tamak-tamak..
  • Kita tak mampu..
  • Ingat aku tanam pokok duit ke?
  • Ingat emak kau ni cop duit ke?
  • Dia kaya kerana menipu orang
  • Dia kaya kerana jual benda-benda yang haram
  • Dia kaya kerana baik dengan Menteri..
  • Orang kaya ini selalunya menekan orang miskin.
  • Cepat sangat kaya,nanti cepat jatuh
  • Kaya membuat orang lupa diri,jauh dari Allah..

Kata-kata yang kita dengar tentang duit dan kekayaan ini disogokkan kepada kita sejak kita kecil lagi.. Secara tak sedar,.inilah program yang di masukkan ke dalam subconscious mind kita sejak dari kecil. Disebabkan kita telah mendengar kata-kata ini berkali-kali, dan subconcsious mind kita pulak mempercayainya atau menerimanya, maka ia akan menjadi satu program ataupun MIND SET.

Contohnya, ada juga yang tidak ada masalah untuk kaya dan berjaya.. tetapi masalahnya ialah menyimpannya.. Maksudnya, dia dapat banyak projek juta-juta,senang untuk menjadi kaya.. tetapi dia tak pandai untuk menguruskan kekayaannya, end up dia akan buat berbagai pelaburan yang entah apa-apa.. Akhirnya,juta-juta itu hilang sekelip mata.. Pernah jumpa kan orang seperti itu?..

Mungkin selama ini kita yang mempunyai pengalaman seperti ini akan menyalahkan itulah, menyalahkan inilah.. tetapi sekarang, cubalah kaji tentang sepanjang hidup kita.. apakah kepercayaan kita terhadap kekayaan? Entah-entah ibu kita pernah menyebut kata yang tak elok tentang kekayaan.. seperti sorang kaya itu penipu..

Lama-kelamaan, kata-kata ini akan masuk ke subconscious mind, dan seterusnya menjadi satu kepercayaan(belief) kepada kita bahawa orang-orang kaya ni semuanya adalah penipu dan ini adalah sesuatu yang tak baik. Disebabkan dia tak nak jadi orang yang tak baik dalam kehidupannya, secara subconcsiously, dia tidak boleh menjadi KAYA kerana orang kaya itu penipu. Ini bermaksud, kepercayaannya tentang wang adalah tidak selari tentang apa yang difikirkan..

Satu lagi contoh yang lebih mudah ialah apabila kata-kata seperti "Cepat kaya,cepat jatuh..". Akhirnya,orang yang mempercayai kata-kata ini sejak sekian lama... bila berbisnes, dia akan cepat naik tetapi dia juga akan cepat jatuh. Kenapa? Kerana dia tak sedar itulah kepercayaan yang dipegang sepanjang hayatnya.. Jadi,bila dia dah percaya kata-kata ini, dia pun dengan sendirinya akan cepat menjadi kaya dan cepat juga jatuh!..

Dari pengalaman saya pula, apabila melihat rumah-rumah yang besar-besar dan kekayaan orang lain,selalu yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah... "Bisnes apa yang mereka buat ni sehingga dapat membeli rumah di kawasan perumahan elit ini? Tak mungkin mereka ni bekerja makan gaji sahaja, mesti mereka ada bisnes ni.."

Setiap kali ternampak rumah-rumah banglo ini, itulah yang saya fikirkan..Ini lah yang dikatakan MIND SET. Mind set yang tercipta untuk saya ketika itu ialah bisnes sahaja yang akan membuatkan seseorang itu kaya. Rupanya,bila semuanya telah diprogramkan, Allah akan membawa kita dengan automatiknya ke jalan yang kita ingin lalui..

Bila saya dah faham tentang sunconscious mind ini, patutlah kenapa saya sentiasa rasa nak resign dan membuat bisnes? Rupanya subconcsious mind saya dah bagitau saya rupanya, kau kena berhenti kerja dan membuat bisnes untuk menjadi kaya (maafkan saya,,).

NAK RESIGN?

Sebenarnya point pengaruh zaman kanak-kanak yang masuk dalam subconscious mind ini boleh dijadikan point untuk yang sedang dalam perkiraan untuk berhenti kerja..

Apa yang saya boleh bantu anda ialah... cuba kaji semula apakah kata-kata yang selalu dikeluarkan oleh anda mengenai pekerjaan dan juga mengenai bisnes. Yang mana satu yang mendominasikan pemikiran anda? Jika kata-kata anda bias untuk bekerja,ataupun anda mempunyai buruk sangka tentang bisnes,contohnya..ibu anda pernah mengatakan bisnes perlukan modal yang besar.. kalau tak ada modal yang besar,kau jangan mimpilah nak berjaya.

Maka anda tidak boleh berhenti kerja lagi sehingga anda benar-benar menukar pandangan anda terhadap bisnes. Contoh untuk kes ini, anda perlu mencari bukti bagi menunjukkan benar2 bisnes tidak perlukan modal yang besar,malah pasti berjumpa dengan orang yang mengatakan bisnes sebenarnya tidak perlukan modal. Bisnes perlukan MINDA.

Contohnya jika kita percaya bahawa bisnes adalah tidak secured incomenya.. tetapi bekerja lebih secured kerana dapat gaji setiap bulan.. Maka anda perlu tukar kepercayaan itu ataupun dinamakan REPROGRAMMING!!...Programkan semula minda anda barulah anda boleh resign dan berbisnes dengan tenang!.. Jika anda berhenti kerja tetapi tidak programkan minda anda,dan anda masih mempercayai mitos-mitos lama ini.. ditakuti apa saja yang anda buat selepas berhenti kerja sia-sia belaka.. duit simpanan anda akan habis, akhirnya kemungkinan besar anda akan mencari kerja semula!..

WALLAHU'ALAM....

~Jom kita beristighfar 100kali dan berselawat 1000 kali sehari..:)~