Thursday, September 25, 2014

JANGAN BIAR MINDA KERJA AUTO PILOT

JANGAN BIAR MINDA KERJA AUTO PILOT

Untuk menjadi orang yang berjaya, kita kena pandai kawal hidup kita. Orang berjaya tak biarkan hidup dia ditentukan oleh orang-orang sekeliling atau pengaruh luaran.

Kalau kita perhatikan, orang berjaya ni dia ada impian dan matlamat hidup. Dia tahu apa yang dia nak. Dari awal lagi dia dah design hidup dia.


Yang lain, dia ikut ja aturan hidup dia oleh ibu-bapa atau cikgu atau kawan-kawan dia. Dia tak pandai buat keputusan. Padahal dalam diri minat bisnes, tapi tak berani buat keputusan. Yang lebih sedih, dia tak ada matlamat hidup. Dia ingat hidup ni macam AUTO PILOT... Tak payah dan tak boleh di kontrol.

Sebenarnya ramai tak perasan. Kita boleh kawal minda kita. Kalau kita pandai kawal minda kita, kita akan pandai kawal hidup kita. Kita akan pandai design hidup kita.

Jangan biarkan minda kita bekerja secara AUTO PILOT. Bermaksud, kita tak kontrol dia, sedangkan kita boleh kawal minda kita.

Macamana nak kawal minda?..

Tanyalah siapa pencipta minda?.. Siapa tuan dia?.. Tentulah Allah Maha Pencipta. Jadi, nak kawal minda kena bermula dari Pencipta dia. Setiap tindakan perlu dimulai dengan minta keizinan Dia. Barulah kita akan rasa segala tindakan yang kita ambil itu adalah terbaik kerana diiringi dengan meminta dengan Allah!..

Dan meminta dengan Allah itu banyak caranya...Kita boleh berdoa, kita boleh menulis matlamat kita dan kita boleh sentiasa berkomunikasi dengan Allah.. Apa-apa pun akhirnya balik kepada Allah jua. 

WALLAHU'ALAM.....

♥Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari..:) ♥

0 comments:

Post a Comment