Friday, September 26, 2014

TERSALAH 'AYAT' NAK MINTA PADA ALLAH??

DOA PUN SALAH...

Dalam sesi perkongsian dengan para pengedar semalam, ada sesuatu yang saya ingin kongsikan, yang saya lihat ramai yang sangat terkesan dengan kata-kata Tuan CEO kami merangkap suami saya. Uols ni nak dengar ke?...

Saya tak sangka jugak sebenarnya ramai yang tak berapa nak faham lagi pasal ni.. Itu lah dia, pergi seminar sana sini...tambah-tambah pergi yang half day je dah ingat pandai.. dah tak tambah ilmu lagi...

Rupanya banyak yang belum faham lagi bab ni.. Sebab tu lah ramai yang masih nak sebut lagi kata-kata negatif, yang masih tak kisah lagi nak cakap apa, yang masih tak rasa apa-apa tentang:

"
Kata - kata itu adalah satu doa".


Suami saya ada sentuh tentang minda. Dia sebut lebih kurang macam ni, dia kata : 

"minda kita ni sangat powerful sebenarnya, subconcious mind ni sifatnya, dia absorb je segala patah perkataan yang kita katakan.Dia tak tahu betul atau tidak, positif atau negatif, kerja dia absorb je.."

Sebab tu, suami saya kata jangan salah doa.

Contohnya macam ni, ramai yang doa: 

"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah aku dari kemiskinan...Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah aku dari sebarang penyakit...".

Agak-agak betul ke kata-kata macam ni?..

Kalau anda selalu doa macam ni, patutlah hidup anda tak kaya-kaya lagi. Patutlah sekejap-sekejap migrain, sekejap-sekejap nak demam. Sekejap-sekejap sakit pinggang. Ye lah, dah hari - hari doa. Subconcious mind pulak tangkap perkataan "miskin" dan "penyakit" tu...Sebab apa?..

Sebab....itu adalah sifat subconcious mind. Minda kita ni dia tak nampak perkataan. Yang dia nampak hanya objek. Jadi, bila kita sebut jauhi kemiskinan, apa yang kita terbayangkan di minda?..
Terbayang orang miskin, kan?..Kalau doa pulak, jauhi dari penyakit...Apa yang kita nampak di minda?..Nampak orang sakit kan?.

Salah sorang stokis kami Nizam pun share pengalaman dia pasal ni. Kata Nizam, isteri dia bekerja di international company. Tahu sajalah kerja dengan mat saleh ni.. Kalau nak marah, dia tak simpan-simpan lagi dah. Jadi isteri Nizam ni pun hari-hari berdoa, 

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku tak nak cuai hari ni..aku tak nak kena marah hari ni"

Tapi hari - hari dia tetap kena marah.. Jadi Nizam pun cakap pada isteri dia:
"apa kata tukar doa tu kepada nak kerja dengan lebih baik, nak menggembirakan bos dan faham dengan apa yang boss arahkan..."

 Lebih kurang macam tu lah bunyinya. Tapi yang bestnya kata Nizam, lepas tu alhamdulillah...isteri dia dah tak ada masalah kena marah dengan boss lagi!..

Nampak tak?...Faham tak?...
Berbuih Dr.Azizan ajar.."kata-kata itu adalah satu doa".. Tapi masih nak sebut yang tak elok.. Masih suka cakap yang negatif.. Tu la, pegi seminar pun sekali je rasa dah pandai..
Balik rumah, tak cari kawan positif...pastu buat aktiviti macam biasa balik, tengok tv..baca paper....hihihii...patut la masih sebut yang negatif.

Cer balik, tambah lagi ilmu..Baca buku, ni balik baca novel. Citer pulak frust cinta sana sini.. Citer pasal suami main kayu tiga. Masih tak faham lah tu, benda tu dok tanam dalam minda.. Nanti lama-lama risau suami ni asyik dok balik lambat je...
Entah-entah....???
Tup tup bayangan yang kita baca dalam novel tu pun akan muncul satu demi satu...Kalau sekali takpa..tapi kalau dah tiap-tiap malam dan dah bertahun terbayang suami main kayu tiga..akhirnya?????....Nak?...

Habis kalau tak nak..baca lah lagi novel macam tu.. Kalau suka sangat nak baca novel, baca novel yang positif sikit..yang buat suami boleh rasa nak balik awal jer...ishhh takkan nak citer kat sini kan, nak suh baca novel apa?..hehehe...paham-paham je lah kay..
Tak tau lah uols faham ke faham... Sangat penting perkara ni.. Jaga kata-kata, jaga doa kayy... Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia akhirat 

 Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari  

0 comments:

Post a Comment