Thursday, September 25, 2014

ILMU HADAPI REJECTION

ILMU HADAPI REJECTION

Ilmu yang saya nak ceritakan ni kan, baik anda dengar betul-betul..Sebab memang anda tak akan dapat belajar kat mana-mana...Anthony Robbins ke, T.Harv Eker ke..Tapi diajar di satu universiti ni je..iaitu University of Life..nak tau kat mana, tanya pakcik google ye..
:)

Ilmunya ialah tentang Hikmah Redha. Atau nak bagi mudah faham ialah The power of Redha.Kalau sepanjang 7 tahun kami berbisnes ni, banyak kali kami berjumpa dengan kes melibatkan redha ni.

Tapi kali ni nak citer dari pengalaman Stokis kami yang masih panas lagi. Kejadian ni baru berlaku 3 hari yang lalu.

Semalam Stokis Terengganu Natrah contact saya. Dia tunjuk gambar kedai yang mereka suami isteri nak bukak 4 Januari 2014 (hari ni).

Balik dari IMKK (satu program Dr.Azizan Osman), terus diorang bayar duit deposit. Mintak kunci nak buat kerja, tapi owner kedai tak bagi kunci.Takpelah, diorang pun mula beroperasi mengecat, buat wiring, mencuci dan sebagainya.

Habis je kerja-kerja tu semua, mintak kunci...pun masih tak nak bagi. Tuan rumah dah mula buat hal. Dia tak nak sewakan pulak!!...Huwaaa...... Macamana ni, duit deposit dah bayar... kedai dah buat elok dah...

Bermacam-macam alasan tuan kedai kasi sebab dia tak jadi nak sewakan kedai.. Dah lah cat pakai yang mahal tu... Cat nippon tauuu...Huhu...

Akhirnya Stokis kami ni mintak lah deposit balik. Takpelah kalau dah bukan rezeki, diorang terima dugaan ni dengan hati yang rendah dan terbuka.

Tapi.....dia buat liat nak bagi balik duit deposit tu.. Adoi..., manusia macam ni pun ada ke?.. Lepas dah bincang elok-elok, akhirnya dia bagi balik deposit... dengan syarat kena cat semula kedai dia. Tak nak cat yang murah pulak..nak cat yang mahal, plug semua dia suruh tanggalkan. Huhuu.. sampai macam tu sekali owner kedai tu sanggup buat kan?..Ishhh...ishh..

Saya cakap takpe Natrah, Taqin..ni semua turning point ni. Allah nak bagi yang lebih best ni..Yang penting jangan give up.

Natrah dan Taqin cakap. Lepas tak jadi sewa kedai dengan makcik tu...diorang ni langsung tak give up!..Natrah kata, walau apa pun, diorang tetap nak bukak kedai jugak Januari 2014 ni.

Jeng jeng jeng....

Yang bestnya, lepas diorang memaafkan makcik tu, dan redha dengan ujian yang Allah bagi pada diorang ni..

Tak lama....esok jer...Dah dapat kedai lain!.. Memang betul-betul Allah nak bagi yang lebih baik, kedai baru ni lebih dekat dengan bandar Kuala Terengganu, kedai pun lebih besar...dan yang bestnya, owner kedai tu jenis yang tak cerewet langsung!!...

Wahhhhh!! ...Kan dah kata, ujian yang hebat adalah untuk orang-orang yang hebat!!... Nampak tak, pengajaran apa yang Allah nak tunjukkan?..

Buat apa pun jangan give up!. Kalau dapat ujian, pasti sebab Allah nak menguji tahap kesabaran kita sebab Dia nak naikkan darjat kita ke tahap yang lebih tinggi!

Kalau dapat rejection lepas berjumpa dengan prospek lepas ni, tak kira lah bisnes apa sekalipun...bawak bersabar dan redha!!..Jangan pulak ada rasa dendam dan marah kalau dah kena reject.

Banyakkan beristighfar... serahkan saja pada Allah.. insyaallah, dengan kuasa dan magik yang ada pada Allah... tengoklah, sooner or sooner, tak lama lagi dia akan panggil balik..Yang penting, kena ada sifat redha dan memaafkan..

Tahniah Stokis Ganu kiter... :)

WALLAHU'ALAM...

♥Jom beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari :) ♥
 

0 comments:

Post a Comment