Tuesday, September 2, 2014

MACAMANA NAK LISTING DENGAN PETRONAS?

Semua anda dah maklum bahawa mulai 1 September 2014 semalam, produk kami Anis Chocolate Moist Cake dah di terima masuk di ke semua rangkaian Kedai Mesra Petronas di seluruh negara. 

Persoalannya, ramai yang nak tahu bagaimana cara nak masuk, betul tak? Saya faham, kalau saya pun mesti teringin sangat nak tahu. Malu nak tanya lah tu? Hihii..

Sebenarnya kami mula supply kek kami ke Petronas (sepatutnya Kedai Mesra, tapi suka sebut Petronas) pada awal-awal sejarah buat bisnes kek pada Disember 2006. 

Di kesempatan ini, kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan saya Faezah dan suaminya Tarmizi dari Damirah Cake yang mula sekali ajar saya bagaimana nak supply ke Kedai Mesra. Mereka adalah antara perintis yang mula-mula supply produk ke Petronas. 

Jadi bagaimana? 

1. 2006 - 2010 : 
DIRECT APPROACH


Kami supply ke Petronas dengan cara DIRECT APPROACH. Atau one to one marketing. 

Iaitu kami buat marketing dari satu stesyen Petronas ke satu stesyen. 

Sama macam kita approach outlet lain. Bila ke Petronas, tanya pada pekerja Petronas, siapa yang kita boleh deal untuk supply produk di stesten mereka? 

Ada yang perlu direct dengan owner. Ada yang boleh berurusan dengan Supervisornya. 

Bila dah dapat jumpa, berikan sample produk kita untuk dirasa. Dulu saya bawak 2 atau 3 biji kek untuk satu stesyen. 2 untuk staff dan 1 untuk bossnya.

Tips: Staff pun kena bagi rasa ye. Penting sangat. Sebab selalunya staff jugak berperanan untuk mempengaruhi keputusan boss. (Shhhhh... )

Seterusnya, dah bagi sample dan quotation harga produk kita, minta dia buat keputusan. Ada yang on the spot boleh beri keputusan. Ada yang kita perlu follow-up. 
Next, follow-up. 

Tapi cara direct approach ni bukan cara yang saya rekemen selamanya ya. Maksudnya, kalau buat macam ni, banyak kelemahannya kerana ianya 'illegal' atau tidak semua owner stesyen yang nak terima produk kita. Ada yang nak, ada yang tak nak. Of course kita tak boleh paksa mereka. Itu kedai mereka. 

2. 2010 - 2014
MOHON DENGAN HQ


Tahun 2010 kami dah mula apply dengan Petronas Dagangan untuk menjadi vendor Petronas secara sah. 

Tapi sepanjang 4 tahun, sebanyak 4 kali kami mohon. Bukan sekali terus dapat. Bila direject, apply lagi. Reject lagi, apply lagi. Kuncinya, NEVER GIVE UP!..

Caranya:


  • Masuk website Petronas Dagangan. Ada link iaitu MESRALINK untuk dapatkan list syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi vendor Petronas. 
  • Ikut saja syarat yang ditetapkan. Saya tak ingat semua syarat secara detail, dan mungkin juga ada penambahan syaratnya. Lebih baik hubungi sendiri. 
  • Sediakan kesemua dokumen yang diperlukan. 
  • Buat proposal. Atau company profile. (Tips : Banyakkan gambar dan data. Contoh kuantiti pengeluaran sehari, cara penghantaran)
  • Masa kami apply, salah satu syarat WAJIB Petronas adalah perlu ada sijil HALAL. Jadi, kami terus apply HALAL. 
  • Hantar proposal. Satu email. Satu lagi melalui pos. 
  • Follow-up.

Okay. Hari ni saya bagi cara nak masuk saja. Tapi banyak lagi tips yang perlu anda tahu. Saya akan ceritakan di next posting. Itupun kalau jutawan semua nak tahu...Ada yang nak tahu ke? 

Siapa nak tahu boleh tak tolong saya appreciate Petronas dengan komen TERIMA KASIH PETRONAS. 

Tq in advance ye jutawan semua  
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah.. 

0 comments:

Post a Comment