Wednesday, September 3, 2014

JENAMA MEREPUT II

Terbaik!!...
--------------------------------------------------

- Oleh : Fazli Little Tree

Salam. Sebelum tuan puan baca posting saya pagi ni, pohon baca posting saya semalam untuk mendapat "flow" tentang apa yang telah dan akan saya bicarakan.

Terima kasih kepada semua yang like dan respon terhadap posting saya semalam. Sekurang2nya membuka minda kita bersama secara ilmiah.

Jawapan kepada persoalan semalam amat mudah. Rata2 jawapan yang tuan puan berikan berkisar soal ruang lingkup brand, tidak salah, jawapan yang baik cuma mungkin tidak tepat.

Jadi apakah jawapan yang saya maksudkan, mengapa perihal jenama sangat penting bagi usahawan Melayu ?

Jawapan yang tepat ialah kerana usahawan Melayu kurang dari segi "distribution network", "rangkaian pengedaran" atau "business networking". Mengapa ini penting ? Cuba perhatikan di pasaran, kadangkala jenama entah apa2, packaging pun tak secantik mana tapi mengapa produk tersebut merata di pasaran ? Kerana mereka menguasai sistem pengedaran.

Kalaupun produk kita berjenama besar tapi tak banyak tersebar di pasaran, bagaimana pelanggan nak beli ? LITTLE TREES walau hebat mana jenama tapi kalau kita ke Giant atau Tesco tak ada barang ini, apa pilihan pengguna ? Mereka akan beli apa yang nampak di depan mata.

Ace Hardware, kalau kita nak masuk apa2 barang, mereka mau kita masuk melalui pengedar atau supplier besar lain yang ada lebih 100 sku kadangkala. Jadi kalau brand kita tak cukup kuat, mana bisa kita masuk pasaran mereka secara sendiri.

Kalau jenama kuat, kita bawa barang kita, mereka terfikir mau tidak mau, jenama yang kukuh ini, mereka kena "carry", maka di kala itu, tidak timbul kita usahawan Melayu atau tidak. Saya selalu beri misalan, bolehkah anda buka satu mini market baru tanpa menjual MILO ?

Saya lihat di Mustafa Centre, Singapore. Banyak juga barangan usahawan yang labelnya tak menarik, jenama tak dititik beratkan tapi terjual di sana. Saya lihat kerepek nangka, berbalang2 diambil oleh seseorang pelanggan. Tengok balang pun tak lalu. Saya kira ramai lagi usahawan kita yang punyai label yang lebih baik, tapi tuan puan tak ada peluang berniaga di situ. Mengapa ? Tuan puan tak ada network. Jaringan network mereka cukup kuat hingga sesuatu syarikat pengedar itu boleh bawa masuk apa saja yang mereka rasa boleh jual dan mereka menguasai gondola di sana. 

Begitulah pentingnya menguasai distribution network. Saya sendiri pernah cuba ingin membawa barangan lain dari LITTLE TREES di kedai2 stesyen minyak selain. Apa kata mereka ? "Boss punya pasal, bawak apapun saya jual". Saya nampaknya sudah ada jalan membina distribution network. Ini kisahnya yang kita mesti buka minda.

Contoh lain, saya juga dihubungi beberapa syarikat besar antarabangsa menawarkan saya mengedar barangan mereka termasuk Yahudi yang saya ceritakan dalam posting beberapa bulan lalu. Kenapa ? Mereka percaya pada jenama saya bawa. Saya pengedar LITTLE TREES maka anggapan mereka, saya ada network.

Baiklah, mengapa jenama penting bagi usahawan Melayu? Ia disebabkan kita tidak menguasai jaringan pemasaran atau outlets tadi. Oleh itu, kita mesti bawa sesuatu yang benar2 baik dari segi jenama, packaging dan presentation supaya kita ada sesuatu faktor yang LEBIH untuk bersaing dengan apa yang ada di pasaran.

Kalau produk kita "tidak bermaya" dari segi jenama, amat sukar kita nak bersaing di pasaran kerana usahawan kita tidak "kuat" dari segi jaringan pengedaran seterusnya untuk menguasai lebih banyak rangkaian outlets yang akan menguasai pasaran.

Rata2 usahawan Melayu menitik beratkan produk tapi tak ramai usahawan Melayu menguasai syarikat pengedar yang kukuh.

Oleh itu, soal jenama penting bagi usahawan Melayu kerana kita tidak kukuh dari segi distribution network, dengan jenama yang baik sekurang2nya kita ada faktor yang akan "memaksa" sistem pengedar menjual barang kita.



0 comments:

Post a Comment