Sunday, September 21, 2014

[ DARI TENTERA MENJADI CLEANER DAN AKHIRNYA SEORANG PENIAGA YANG BERJAYA ]

Nak berniaga kan? Nak berjaya kan? Habis bila diuji sikit kenapa menangis-nangis? Sekali menangis tak apa...Memang kita kena jujur dengan diri sendiri. Kalau sedih sangat, menangislah..Tapi kalau setiap hari menangisi..meratapi...Itu bukan sifat orang berniaga!..

Sebab, orang berniaga dia dah patut tahu segala proses yang berlaku dalam perniagaan. Sepanjang proses perniagaan, pasti akan berjumpa macam-macam dugaan. Itu normal. Itu perkara biasa. Jangan ingat semua tokoh perniagaan yang berjaya terus-terus berjaya.

Minggu lepas, kami mengenali seorang pakcik ni. Orangnya sangat humble, tapi rupanya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Pakcik Abu Bakar ni mempunyai 3 buah stesyen minyak. Bila semakin mengenalinya, rupanya beliau dulunya seorang tentera dan mempunyai 6 atau 7 orang anak. Saya tak ingat. Yang pastinya, katanya lepas pencen dia dapat lebih kurang seribu lebih. Macamana dia nak survive katanya? Ada anak nak belajar..yang nak minum susu..Isterinya pulak tak bekerja.

Katanya, dia perlu bangkit!..Dia tak nak hidup yang melarat. Dia nak bertanggungjawab ke atas pelajaran anak-anaknya. 
Dia terfikir untuk berniaga. Dia berminat dalam bisnes 'cleaning'.Tapi, dia tak ada pengalaman dalam bidang tersebut. Jadi, usaha pertama dia untuk keluar dari zon selesa ialah dengan menjadi seorang 'cleaner' di Dayabumi katanya. Wow!...Dahsyat kan? Sanggup ke uolsss and iolss? Huwaaaa....

Tengoklah macamana orang nak cari pengalaman? Sambil dia cerita, nampak ada air yang keluar dari matanya. Sayu bila dia cerita, masa interview dia nak jadi 'cleaner' tu, interviewer dia tanya, betul ke nak jadi cleaner? Betul katanya...Sanggup ke cuci tandas? Sanggup katanya..Boleh ke bersihkan longkang? Boleh katanya...

Dan lepas tu dia pun bermula..beberapa kali dia terjumpa rakan-rakan setenteranya yang kebanyakannya lepas pencen, diorang ni bekerja di Petronas Dayabumi sebagai orang yang berpangkat. Dan, mereka terkejut kalau terjumpa dia tengah buat kerja sebagai cleaner. Berkali-kali kawan-kawannya pujuk untuk sama-sama bekerja, tapi dia menolak.

Dan akhirnya, bermula dengan menjadi cleaner, sekarang Pakcik Abu Bakar dah senang lenang. Dia ada 3 buah stesyen minyak di Perak tapi diuruskan oleh anak-anaknya. Nampak tak bagaimana orang yang berjaya memulakan langkahnya?..Perit tak?..Ingat senang-senang dia boleh dapat Stesyen minyak tersebut? Tak ada cable pun kata Pakcik Abu Bakar. 

Masa proses pemilihan 'dealer' stesyen minyak tersebut, dia terpaksa bersama-sama 2000 orang calon berlumba-lumba untuk dipilih sebagai 'dealer'. Lepas satu ujian, tinggal 1000 orang, lepas tu 200 orang, lepas tu 10 orang, dan akhirnya dia adalah antara 5 orang yang terpilih!.Semasa proses tu, masing-masing dah hampir give up sebenarnya. Tapi itulah, kata Pakcik Abu Bakar, buat bisnes jangan buat jahat kat orang..kalau buat dengan ikhlas, Allah pasti akan bersama-sama kita. Itu pesan Pakcik Abu Bakar.

Habis kita yang diberi sedikit ujian, dah nak give up. Dah macam nak mati. Dah ingat diri tu seorang yang gagal. Dia ingat memang suratan hidup dia tak boleh berjaya. Ye ke macam tu? Ya Allah, dalam perniagaan ada proses sebenarnya. Ada masa timbul, ada masa tenggelam. Untung dan rugi juga adalah lumrah atau asam garam dalam perniagaan.

Sebenarnya, seseorang peniaga yang berjaya ni adalah mereka yang sudah diuji. Sanggup tak kalau ditimpa kesusahan? Sanggup tak kalau waktu sale rendah atau order rendah bulan ni? Atau mungkin tak ada order langsung? Sanggup tak mendapat komplen customer? Sanggup tak dapat pekerja yang tak jujur? Semalam salah seorang stokis kami kedainya di masuki pencuri. Itu pun ujian. Dia nak uji sama ada kita nak goyah atau tidak. Sama ada kita nak menyalahkan Dia atau tidak?

Kalau peniaga yang berjaya, mereka dah lulus segala ujian tersebut. Dan sebenarnya mereka sentiasa diuji, dan sentiasa pulak lulus ujian. Bagi golongan ini, sama ada kalah atau menang, susah atau senang, hidup dan mati dalam berniaga tidak memberikan apa-apa kesan kepada mereka. Mereka dah faham dengan segala asam garam ini. Dan orang seperti ini adalah orang yang bergantung sepenuhnya pada kuasa Allah Pemberi Rezeki.

WALLAHU'ALAM....

~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari~

0 comments:

Post a Comment