Thursday, September 11, 2014

BERANI BERANGAN

Kesian bila kami perhatikan, ramai yang tak berani atau takut berimpian. Tapi itu lah kan, dulu saya pun sama jugak sebenarnya. Sekarang saya anggap perkara macam tu sangat mudah. Berangan je lah..itu pun susah?...

Tapi...manusia memang macam tu kot. Dulu, saya ingat lagi, bila bekerja...saya tak nampak peluang lain. Saya ter'stuck' dengan kerja dan gaji. Nak dapat kehidupan yang lebih baik tu memang tak nampak langsung. Sering tertanya, macamana..Macamana? 

Kadang - kadang mungkin sebab apa yang kita pernah cita - cita kan tak dapat. Boleh kata hampir semua daripada kita masa darjah 1 dulu Cikgu tanya bila besar nak jadi apa?..No 1 nak jadi Doktor.. pastu kalau lelaki pulak nak jadi polis ataupun askar. Betul kan?..Tapi...boleh kata semua tak dapat pun....

Kenapa?..

Saya rasa sebabnya ialah kita tak yakin nak dapat!.. Kenapa tak yakin?..Sebab kita tengok orang sekeliling kita semua tak dapat pun..Makin lama, makin tak yakin yang kita cita - citakan itu akan dapat.

Semuanya pada pendapat saya adalah kerana kita tak diajar untuk 'create' keyakinan pada Allah...

Wah!!... Boleh 'create' ke yakin pada Allah ni?

Mesti boleh!...

Macamana?...
Start dengan BERSYUKUR. Setiap apa yang Allah bagi pada kita, tubuh badan kita..kaki, tangan, mata, hidung,telinga, otak, rambut,organ dalaman...pastu udara, air, cahaya...Bersyukur dengan semua anugerah Allah tu..

Rumah kita, kereta kita, sekecik mana pun itu adalah pemberian Allah.Ibu ayah, suami, isteri, anak-anak...itu juga hadiah dari Allah..Bisnes kita, kerja kita..itu juga suatu nikmat yang Allah beri.

Ada yang terlupa nak bersyukur pasal tu kan?..Sebab itulah tak yakin pada Allah. Sebab bila kita terlupa bahawa sebenarnya hanya dengan bersyukur sahaja, dengan berterima kasih saja pada Allah.. Allah akan tambah lagi nikmatnya!

Bila Allah beri pulak..walaupun kecil, tapi kita nampak dan bersyukur..sebab itulah Allah nak beri lagi, nak beri lagi. Betul ke?..Kalau saya salah tolong betulkan saya ye ustaz, ustazah...

Bila dah nampak setiap pemberian Allah, barulah timbul keyakinan yang tinggi!...Masa tu, apa yang diimpikan terus boleh nampak memang akan dapat.Cuma waktunya saja kita tak tahu.Tapi tak kisah bila...sebab kita tahu, harinya akan tiba jua..kerana Allah Maha Pemberi Rezeki!!...

WALLAHU'ALAM....

Jom beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari... :)

0 comments:

Post a Comment