Monday, September 1, 2014

CABARAN SEBELUM DAN SELEPAS BERBISNES

- Oleh Stokis Terengganu Nana & Muttaqin - 

Assalamualaikum wbt
Cabaran sebelum dan selepas bisnes

CABARAN SEBELUM BERBISNES:
  1. kahwin muda masa itu natrah umur 20 tahun (masih belajar). Nak harapkan gaji taqin seorang memang tak cukup, bayar rumah sewa, beli barang dapur, bayar bil telefon, elektrik dan air.
  2. Kerja start 8pagi lewat malam baru balik rumah sebab kerja terlampau banyak, terpaksa tinggal Natrah sorang - sorang.
  3. Tinggal di pedalaman. Tempat kerja dekat Hulu Terengganu..So rumah sewa lagi la pedalaman tempatnya.
  4. Bukan setakat buat kerja dekat ofis..tapi kerja peribadi yang bos pun kena buat ( bank in duit dia. pergi tempah tempat untuk buat birthday party anak dia..pil perancang dia pun saya yang kena pergi beli & banyak lagi la )
  5. Sangat penat kerja camtu, pagi settle kerja kat office pastu tengahari ke bandar untuk cari supplier atau beli barang settle semua bawak balik office pulak. dari Hulu Terengganu ke bandar Terengganu ambil masa 45 minit tu pun kalau bawak laju.. tak ada rehat langsung..kalau time ada meeting lagi penat.
  6. Pernah dalam 1 hari kena cari 8 supplier dengan sebut harga yang paling murah.
  7. Nak apply cuti cukup susah
  8. Seminggu sekali je dapat jumpa mak ayah
  9. Terkilan tak boleh temankan arwah ayah di saat mak tak ada kat Terengganu (mak pergi rumah akak kt melaka jaga lepas pantang)
  10. tak boleh bawak mak pergi bercuti selalu
  11. tak ada masa untuk isteri asyik sibuk dengan kerja walaupun baru kahwin time tu
  12. Tak cukup masa..rasa macam tak ada life.
  13. Time habis kelas Natrah terpaksa tunggu Taqin datang ambil kadang2 sampai lewat malam.. walaupun kelas habis seawal 11 am or 2 pm..terpaksa duduk hostel sorang - sorang sedangkan orang lain dah balik semua.

CABARAN SELEPAS BERBISNES:

  1. Mula2 nak join bisnes ACMC modal tak banyak, terpaksa gadaikan barangan kemas pemberian suami time kahwin & ada juga gadai barangan kemas pemberian ummi untuk rolling modal.
  2. Takot2 nak join bisnes ACMC takut tak jalan.
  3. Selalu dapat rejection nak hantar ACMC dekat outlet2..sampai menangis.
  4. Pkol 1..2 pagi still drive ambil kek hantar kek dekat dealer2.
  5. Sebelum jadi stokis turun naik kuantan amek stok dgn kak iza..sampai lewat malam..pernah sekali lalu jalan gelap konon-konon nak cepat sampai pukul 12 am lalu jalan tu tetiba kereta hampir kehabisan minyak.. lepas tu sangkut dengan jalan banyak tutup sebab banjir.
  6. Cukup susah untuk pasarkan ACMC di Terengganu waktu tu sebab org tak kenal lagi kebanyakan komplen mahal & bekasnya kecil
  7. Lepas jadi stokis stok kena order dalam 1500 ke atas baru Anis Food buat delivery
  8. Tak muat peti nak simpan kek..terpaksa tumpang peti ais rumah mertua.
  9. Kena marah dengan dealer2 & customer kalau lambat hantar stok
  10. Tak sempat makan..settle kerja baru dapat makan..badan bertambah gemuk sebab setiap hari makan lewat malam lepas makan tido sebab badan dah letih
  11. Bila dah berani ambil pekerja..pekerja pulak jenis kaki tipu..pekerja buat hal..berhenti tiba-tiba
  12. Sebelum sewa kedai tempat nampak ok...strategik...lepas niaga sebulan..cina datang sewa kedai sebelah...kedai kita jadi tersorok ke dalam..sebab dia renovate kedainya sampai depan.
  13. Dealer suka berhutang..outlet lambat buat payment.
  14. Pernah hantar kek dekat kedai jiran..sampai harini tak bayar2 lagi..payment tak sampai RM100 pun sampai tak bertegur sapa..sanggup masam muka dengan kita..kita tegur dia buat-buat tak nampak.
  15. Pernah terjadi kedai tutup banyak hari sebab stok kek abissss....semua chiller kosong..terpaksa tahan telinga kena marah dengan customer..

Thank you Nana & Taqin  

0 comments:

Post a Comment