Bunyi macam sama. Tapi membuat duit dan membina kekayaan itu sebenarnya ada perbezaan dalam persamaan.
Semalam saya ada share pasal topik ni di page saya. Saya kata macam ni, "Ramai orang nak buat duit. Bila dah buat duit, dia lupa bina kekayaan. Dia enjoy. Sedangkan bina kekayaan itulah kunci kepada financial freedom.
Emmm... Macamana tu, tanya adik Hasneta Azmi.
Macam ni ya dekkkk. You boleh buat banyak duit. Jual air, jual kek, jual tudung dan sebagainya. Memang betul, kalau pandai marketing, insyaallah boleh buat duit punyalah.
Tapi semuanya dibelanjakan. Dan akhirnya broke. Atau jatuh papa kedana.
Satu lagi senario, you mungkin tak buat banyak sangat duit. You mungkin buat bisnes kek part time. Tapi you belajar invest property, dan lama kelamaan rumah sewa you atau home stay you bertambah-tambah. Dan di sini, you dah dalam kategori membina kekayaan.
Buat duit ni sebenarnya adalah mentaliti orang kebanyakan. Tapi membina kekayaan itu adalah mentaliti orang kaya. Tak semua orang ada mentaliti ini. Ramai yang buat banyak duit tapi at the end of the day tak tau duit tu ke mana.
Kenapa kebanyakan orang tidak dapat bina kekayaan? Kerana fokus mereka hanya untuk buat duit. Jual, jual dan jual berpuluh tahun...Tapi tiada apa-apa. Rumah hanya sebuah untuk tinggal. Itu pun nasib baik ada rumah. Kesian...mereka tak terdedah dengan ilmu pelaburan. Salah siapa?
Orang yang hebat, orang berjaya, dia tak salahkan sesiapa. Dia yang perlu sendiri ambil tanggungjawab untuk mencari ilmu kewangan. Mencari ilmu pelaburan. Untuk membina kekayaan. Bukan semata-mata untuk buat duit.
Dan kalau u ada ilmu bina kekayaan ini, sebenarnya orang yang bekerjaya juga mampu bina kekayaan lebih baik lagi daripada mereka yang berniaga.
Kerana yang berniaga merasakan mereka dah kaya, dah ada banyak duit. Mereka dah ego. Dah rasa pandai sangat. Sedangkan mereka hanya ada duit untuk rolling. Untuk sekadar hidup. Tapi sebenar-benarnya, mereka belum bebas kewangan!..
Dan mereka tak tahu...ada orang yang bekerjaya yang dah bebas kewangan!..Dah lama dia buat pelaburan hartanah. Dia berdikit - dikit dahulu. Tapi dalam masa yang sama masih bekerja. Kerana dia cintakan kerjayanya. Fokusnya untuk membantu. Bukan untuk wang ringgit kerana dia dah ada segalanya.
Tapi orang bisnes? Hanya gah di mata. Kereta mewah bukan sebiji, berbiji-biji. Itu ok jugak, ada jugak something. Yang dah la kereta pun masih yang lama. Jangan kata main hartanah. Rumah yang tinggal pun masih menyewa.
Maaf ya kalau ada yang terasa. Saya dulu pun sama. Tinggal di rumah sewa bertahun-tahun lama. Dah mampu beli sebuah, rasa macam itulah rumah sampai ke mati. Tiada ilmu property macam tu lah. Mentaliti beli sebiji, dah rasa sentimental value sangat, sayang nak jual untuk invest lagi.
Takut itu, takut ini....Sedangkan orang kaya, inilah puncanya. Bisnes yang dia buat hanya sebagai mencantikkan akaun bagi senang mendapat perhatian bank. Buatkan bank yang ingin berkenalan dengan kita, ingin memujuk rayu kita..Hihii..
Faham ke faham uols?
Ok ye jutawan...Semoga anda semua jangan terlupa untuk bina kekayaan. Bukan sekadar cari duit, tapi cambahkan duit tersebut supaya duit boleh tumbuh dengan subur lagi.
Indahnya hati dengan beristighfar, bersyukur, berselawat dan bersedekah....
Indahnya hati dengan beristighfar, bersyukur, berselawat dan bersedekah....
0 comments:
Post a Comment