Part 1
Sebenarnya bukan saja untuk Petronas, tapi tips ni penting untuk anda yang berminat bagi memasuki pasaran korporat.
Tips ini adalah melalui pengalaman dan pemerhatian kami selama ini. Bukan mereka yang menetapkan syarat ini.
Yang paling penting ialah:
SERVIS
Sektor korporat mencari atau sukakan syarikat yang dapat memberi servis yang terbaik. Kerana servis yang terbaik ini penting untuk customer's TRUST, IMEJ dan juga BRANDING kepada syarikat mereka.
Servis terbaik di sini maksudnya kita dapat membekalkan produk kita kepada mereka dengan efisyen.
Sektor korporat seperti Petronas ini tidak kisah bagaimana cara distribution kita. Ada lori atau tak, mungkin hantar dengan kereta macam Hafiz dealer kami untuk pasaran Mydin. Tapi yang lebih penting ialah:
1. Produk sampai on time. Maksudnya sebelum atau pada hari produk kita habis, kita dah datang top-up.
Inilah servis yang paling tip-top yang diperlukan oleh sektor korporat.
Bukan bila produk dah habis, seminggu atau 2 minggu baru nak top-up. Atau kita sendiri pun tak tahu produk kita dah habis.
Kerana kita perlu tahu ya, cara Petronas, Shell, atau lain-lain sektor korporat ini berbeza. Terutamanya dari segi bagaimana kita tahu atau diberitahu produk kita dah habis.
Untuk Kedai Mesra Petronas, sebab itu saya selalu tekankan kepada team saya, perlunya kita kuasai wilayah dulu.
Bila kita ada outlet yang dekat dengan kita, jadi mudah untuk kita servis.
Untuk permulaan, ada 2 kemungkinan. Satu, outlet atau staff yang excited sebab produk kita cepat laku akan contact direct dengan kita memberitahu produk kita dah habis. Mungkin habis awal dari tarikh yang sepatutnya. Ini banyak berlaku pada produk kami. Jadi kita kena bersedia.
Kalau staff outlet call beritahu produk kita habis, kita terpaksa terus hantar . Walaupun sebenarnya belum sampai pusingannya. Atau belum turn. Itu cara saya pada mula-mula dulu. Kami tinggal di USJ Subang Jaya, tapi terpaksa top-up kek yang habis di KL. Dan itu untuk stage permulaan.
Berbaloikah sampai macam tu? Bagaimana dengan kosnya?
Kami selalu lihat perkara ini untuk jangka panjang. Memang pada permulaan kalau dikira kos, mungkin tak untung.
Tapi kami percaya 2 perkara ini. Satu, bila Allah nak beri rezeki, kami tak sampai hati atau tak sanggup nak menolaknya.
Seolah-olah kita tolak rezeki kalau kita tak servis outlet yang dah terima produk kita. Sebab tinggal hantar je. Pastu dah tahu produk kita pun laku di situ. Kalau tak laku, lain cerita.
Dan satu lagi yang kami pegang ialah UNDERSTANDING. Kita perlu faham pihak outlet kita. Mereka berbisnes. Bila produk kita habis, dah tentu pelanggan mereka datang mencari dan bertanya.
Bila kita putus penghantaran produk kita di outlet ini, TRUST customer akan hilang. Outlet perlahan-lahan akan hilang customer. Mungkin dia pegi cari kat kedai lain. Dan permintaan untuk produk kita akan perlahan-lahan menurun. Memberi kesan kepada kedua-dua pihak.
Faham?
Dan tentang berbaloikah atau tak? Atau dapat cover kos atau tak?
Kalau anda jenis usahawan jangka pendek, mestilah tak berbaloi. Tapi kalau jangka panjang? Contoh kami. Dulu8 tahun dulu saya buat kerja bodoh tu. Saya tak calculative sangat.
Jadi, sekarang? Dah dapat listing dengan Petronas. Kan hasil dari tuaian 8 tahun lalu? Hasil dari jaga servis, tak berkira jarak dan sebagainya?
Okay balik kepada cara staff outlet monitor produk kita. Tadi saya dah cerita, pada tahap permulaan, staff outlet tu akan excited pada permulaan bisnes bila produk kita kehabisan. Ye lah, menguntungkan mereka. Dan, sebab ada juga yang berkata, tak pernah experience ada produk yang selaku kek kami. Ehem ehemmmm...Betul, tak tipu...hihii
Tapi lama-kelamaan, mereka dah jadi biasa dengan situasi ini. Situasi kek habis awal dan sebagainya.
Jadi, mereka dah kurang hubungi kita untuk beritahu produk kita dah habis.
Masa ni, kita perlu ada inisiatif sendiri. Bukan dok tunggu staff outlet untuk call kita. Tapi, sama ada kita yang call outlet untuk bertanya. Atau, lebih baik pada stage awal, seawal beberapa bulan pertama, kita perlu pegi jenguk outlet kita. Untuk cek berapa balance produk kita.
Lama-lama kita akan faham cycle permintaan produk kita. Dan kita akan supply ikut permintaan pelanggan di outlet tersebut. Contoh, kalau Kedai Mesra Danau Kota, kami hantar 50-70 kek seminggu. Tapi ada jugak yang 20 kek seminggu.
Macamana nak tahu berapa kena hantar? Bukan outlet yang tentukan. Tapi melalui pengalaman kita. Dan kita perlu study trend permintaan di satu-satu outlet.
Tapi ada satu lagi cara jugak. Ini exception. Kadang-kadang berlaku. Dan ini berlaku kepada staff outlet yang ada good relationship dengan kita.
Apa yang dia akan buat?
Dia akan call kita directly untuk beritahu kek dah habis. Call directly bermaksud, dia gunakan hand phone dia sendiri untuk call atau SMS kita. Yang mana langsung tidak menguntungkan dia. Dia tak boleh claim pun dengan boss dia.
Tapi kenapa dia buat?
It's all about relationship.
Emmmmm...rasa macam lari tajuk je ni? Adakah bebelan saya pagi ni membantu anda? Banyak lagi nak share ni. Tapi macam dah panjang sangat.
Kalau u all semua nak tahu lagi apa yang diperlukan dan dicari oleh sektor korporat seperti Petronas kepada syarikat IKS seperti kita, tolong saya sekali lagi untuk appreciate Petronas dengan komen....
TERIMA KASIH PETRONAS.
Boleh ye uolss yang sporting?..Saya doakan kejayaan anda semua!..Tq
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..
TERIMA KASIH PETRONAS
ReplyDelete