Tuesday, September 30, 2014

USAHAWAN MANJA?

USAHAWAN MANJA?

Dalam beberapa minggu ni kami dapat beberapa kes yang sama isu mengenai usahawan. ( Macam detektif pulak :0)

Boleh kata setiap usahawan pasti ada mengalami situasi ini. Iaitu usahawan yang bermentaliti tolong orang semborono (bahasa jawa dah keluaq... ).

Ramai yang tengah sedih sebab orang yang anda tolong, yang anda bagi pinjam duit, orang yang anda bagi hutang tapi dia buat hal? ...Sedangkan orang ni kita dah anggap macam keluarga. Betul kan?

Sebenarnya, kita semua ni sebagai makhluk Allah yang kerdil pasti ada satu sifat yang ingin membantu orang lain. Ada di sudut hati kecil kita, kalau boleh nak tolong semua orang susah..keluarga yang susah,anak yatim, orang yang ditimpa musibah dan sebagainya. Kalau ada yang tak ada perasaan nak tolong orang ni, saya tak taulah dia dalam kategori apa...

Tapi....ramai yang terkena, mula-mula bila dengar cerita dia, kita jadi kesian.Ye lah, siapa tak kesian kalau dia cerita payment projek dia belum dapat, sedangkan dia ada anak bini nak disuapkan makan. Pastu anak tengah rawatan pulak.

Ada pulak cerita, suami malas bekerja..isteri sorang saja ke hulu ke hilir bekerja atau berbisnes nak bagi 5 orang anak makan...Ada pulak cerita, dia pernah ditipu oleh rakan niaga, ditinggalkan sehelai sepinggang, duit dia habis digunakan oleh business partner.

Sebagai manusia biasa, pasti kita kesian kan?...Kita pun start lah tolong bagi ambik dulu produk kita, bayar kemudian.Mula-mula dia bayar...makin lama dah naik lemak!. Dah lah tak nak bayar, tipu kita lagi..ada yang lari pulak tu..Sedihhhh sangat,sedangkan kita dah anggap macam saudara..

Macam pernah experience jer?...Memang betul, tak dapat dinafikan, semua orang pasti mengalaminya. Kami pun sama hampir RM60K orang hutang akibat kelemahan kami.

Bila saya belajar dari pengalaman sendiri dan orang di sekeliling, saya dapati kita semua dah tersalah tolong orang. Ataupun tolong orang yang salah.

Bagi saya kalau lah uols ni baik sangat kan. Rasa nak tolong orang sangat kan?. Apa kata, lebih baik tolong anak-anak yatim?. Atau tolong orang- orang susah yang dok mintak sedekah tu?. Ataupun tolong derma kat orang yang nak buat masjid.

Ataupun tolonglah orang-orang yang kurang keupayaan. Yang dekat tengah-tengah kota KL, berapa ramai orang yang "homeless"?. Atau tolong bangsa banjir?. Atau hantar sumbangan ke Gaza?. Saudara mara pun banyak lagi yang susah. Kan?

Ni orang yang anda tolong tu ada cukup sifatnya. Kaki, tangan, hidung, mulut, telinga. Otak pun masih boleh berfungsi seperti biasa. Buat apa nak tolong sampai macam tu?

Bukan saya kata jangan tolong langsung. Kalau orang yang dalam kesusahan memang wajib kita tolong. Cuma, tolong lah berpada-pada. Setakat tolong belikan beras cukuplah. Ni ada yang dah lah tolong masakkan nasik, pastu tolong suap pulak nasik tu!

Sudah - sudah lah mentaliti tolong orang semborono ni. Nanti last-last hilang kawan. Sedih kan?

Sebenarnya, kalau orang yang nak ditolong tu berjiwa bisnes atau usahawan, dia perlu berjiwa kental! Dia perlu ada kekuatan! Jadi, jangan terlalu manjakan dia, asyik kena tolonggg je. Asyik nak pinjammm jer. Kalau nak jadi usahawan berjaya, tak boleh manja - manja!!...

Lepaskan saja dia untuk bina jati diri. Itulah baru sifat usahawan yang berani. Yang tak mengharap kat orang lain. Yang boleh berdikari. Yang ada sifat keperwiraan berjuang di medan bisnes!..

Dan jangan lupa satu perkara penting ni. Usahawan melayu ramai yang GAGAL akibat suka BERHUTANG dan suka bagi orang hutang!!.. Uols NAK?...Saya tak nak... :)

WALLAHU'ALAM...

♡Jom kita istighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari.. :) ♡

0 comments:

Post a Comment