- Sale paling tinggi lepas bersedekah - Stokis KL (Najib)
Satu hari jiran minta saya tolon bawa dia dan berubat tulang belakang anaknya bengkok di kampung saya. Sebenarnya saya tak bersedia. Tapi pasang niat nak tolong saya bawa juga. Dalam poket cuma ada kunci saja sebenarnya.
Dalam perjalanan tergerak hati nak bagi mak duit. Memang nakkk sgt bagi. Tak tau kenapa ...ada rasa macam tu.
Sampai Pontian saya minta kawan bawa ke bank dan saya keluarkan duit yang ada. Di rumah mak, saya terus hulur semua yang ada. Baki rm20 dlm poket.
Saya tak fikir hal kedai.Berubat sampai jam 11 malam saya call Sue isteri saya dan Sue cakap sale rm5187.80 24 Disember 2013 baru-baru ini.
Tak sangka sale banyak tu sebab memng tahu tak ada order dari sesiapa pun pada tarikh tersebut.
Allah tunai apa yang dia janji. - Kita jumpa di Mahkamah Allah - Stokis KL (Najib)
Sedang minum sorang-sorang ada sorang pakcik datang bawak fail derma buat masjid kat thailand. Dia mintak derma pada saya..
Saya tanya banyak lagi ke tak siap masjid tu.Pakcik tu jawab banyak lagi nak beli simen dan batu tiles.
Saya pun seluk poket dan terus beri kat pakcik tu (besar pada saya jumlahnya). Lepas tu pakcik simpan duit, dia hulur salam sambil berkata "Kita jumpa nanti di mahkamah Allah".......meremang bulu roma saya masa tu bila dengar mahkamah.Macam buat salah pulak.
Pendek cerita malam tu saya closing dapat jualan tertinggi RM4k. Saya yakin sedekah itu adalah kunci rezeki. Terima kasih kepada yang mengajar saya tentang The power of Sedekah!!... - Sepatutnya 10 tahun lagi - Stokis Pahang (Abang Lan)
Baru-baru ni Pahang kan dilanda banjir..Kebetulan sehari sebelum banjir Kak Iza dan Abang Lan order 4000 kek.
Lepas selamat adik staff kami Omar hantar je malam tu,esoknya hujan terus sampailah banjir.Jadi K.iza dan Abang Lan tak dapat la nak keluarkan kek ni. 4000 kek masih penuh dalam chiller.Nak keluar hantar outlet pun tak boleh, dealer nak datang ambik pun tak boleh.
Bila ditanya macamana kek tu Kak Iza, kalau tak boleh keluar, boleh je suruh staff ambikkan balik.Kami masih boleh jual kek tu di Shah Alam.
Tapi Kak Iza kata takper...Esoknya,disebabkan aktiviti bisnes terputus,Kak Iza dengan Abang Lan pun pegi ke penempatan orang banjir.Mereka sedekahkan 200 kek kepada budak-budak kat situ..Dorang citer, muka budak-budak tu terus berseri-seri kegembiraan.
Esoknya lagi, Abang Lan dan Kak Iza masuk kampung yang dilanda banjir untuk tolong cucikan rumah mereka yang penuh selut.Sedih bila dia cerita keadaan mereka yang ditimpa masalah banjir tersebut.
Dipendekkan cerita,selepas beberapa hari tak sampai 5 hari pun, kek 4000 tadi tiba-tiba habis.Dan dorang kena masuk order balik.
Dan tiba-tiba jugak dorang dapat surat dari Tabung Haji mengatakan mereka dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan Haji pada 2014 ini sedangkan kalau ikut list, dorang kena tunggu 10 tahun lagi!... - Disebabkan RM5 - Stokis Melaka (Taufiq)
Suatu hari tu,berlaku di bandar Muar.Parking depan bank sebab nak tunggu dealer datang ambik kek.
Parking memang penuh..Yang perasan tu depan belakang dan sebelah saya semua kereta yg gah.
Tak sampai 5 minit parking ada seorang berbangsa Cina minta tolong..dia kata, nak balik tak ada duit..Lepas tu minta tunjuk jalan pulak..Dia minta rm4.Yang peliknya dia tak pulak minta kat kereta yang mewah-mewah tu..Kereta ferrari merah lambang proton ni jugaklah...dia ketuk cermin minta tolong.
Jalan memang tengah jem dan tak de parking so tak boleh nak keluar kereta..seluk poket terus bagi Rm5. Tengok cina tu punya gaya terima kasih..penuh penghargaan dan mulut banyak sudah ucap tq...
Balik muar tak dan sampai kedai tup tup masuk order 500pcs kek...nampak tak? Kita kena muhasabah dan bersyukur sebenarnya, kenapa banyak-banyak pilihan contohnya bila orang minta sedekah di kedai makan, tapi kita yang dipilih? Kadang-kadang dia tak pegi ke semua meja kan? Dia tuju terus kepada kita. Fikirkan ye...Tapi lebih bagus kalau u boleh buat, masa dia datang minta sedekah, u berdoa dalam hati, semoga dia pilih u.
Ok, sori ye panjang sangat tapi best kan? Tahniah untuk
semua yang share ye...Tq for sharing dear....Jom kita banyakkan bersedekah ye uolsss....
♡ Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari..
0 comments:
Post a Comment