Kami selalu tak dapat menjawab persoalan ini. Dari dulu lagi ramai yang cuba bangkitkan. Tapi senantiasa tiada jawapan yang pasti. Kerana kami sendiri masih mengkaji dan memerhati.
Apakah persoalannya?
Iaitu tentang point of sales kami. Itu dalam bahasa marketing. Kalau selalunya kita sebut outlet.
Kalau anda perasan, kek kasih sayang kami ni berada di mana-mana. Stesyen minyak pun ada, pasaraya pun ada, juga di kedai serbaneka, kedai runcit, pasar malam pun ada, malah ada juga dijual di restoran-restoran dan warung-warung makan.
Ada yang bertanya, tak jatuh standard ke atau bagaimana dengan imej produk kita kalau dijual di pasar malam atau pasar tani atau di kedai-kedai yang tak kelas (maafkan saya)?
Ada jugak pengedar sendiri yang tak suka menghantar ke outlet yang kelihatan tak menarik. Katanya dia sayang dengan kek love ni, jadi dia rasa 'tak best' kalau letak kek di outlet yang tak cantik. Contoh di kedai runcit di hujung kampung. Atau di kedai makan yang hampir roboh.
Tapi, secara jujurnya kami tak pernah letakkan syarat tentang pemilihan outlet ini. Kerana seperti saya katakan tadi, kami juga masih mengkaji adakah pemilihan outlet memberi kesan kepada jualan keseluruhan pengedar kami?
Maksudnya macam ni.
Kami melihat bisnes kami bukan hanya untuk kami. Kami melihat produk kek love kami ini bukan sekadar untuk menjual dan untuk dinikmati. Tetapi lebih kepada sama-sama berkongsi. Berkongsi rezeki.
Fokus kami sebenarnya bukan kepada kesedapan kek. Walaupun itu memang kami pentingkan dan beratkan.
Kami fokus kepada bagaimana bisnes kami dengan hanya 1 produk ini dapat dinikmati keuntungannya secara berjemaah.
Kami lebih bahagia jika dengan bisnes ini, ada yang dapat membeli susu dan pampers anak. Jika dengan bisnes ini dapat membayar segala hutang keluarga. Jika dengan bisnes ini dapat bayar duit rumah dan kereta tiap-tiap bulan.
Atau sekadar dengan bisnes ini, mereka dapat memberi....beri pada ibu dan ayah yang tua di kampung. Atau dengan bisnes ini mereka punya wang untuk balik ke kampung berhari raya. Dapat beli baju raya untuk anak-anak.
Ada seorang dealer kami ceritakan pada kami pada raya baru ni, dengan hasil duit kek inilah dia dapat bawak anak-anak balik beraya di kampung. Dah lama dia tak balik beraya di kampung..Allahuakbar!...
Bayangkanlah...
Tahu tak bahawa itu sangat bermakna pada kami? Itu lebih berharga dan membahagiakan?...
Faham tak macamana nak kaitkan dengan pemilihan outlet tadi?
Tengok nature of your business.
Kami pejamkan mata. Kami pekakkan telinga. Kami bukakan hati, supaya tidak terlalu berkira dengan pemilihan outlet kerana jika itu semua punca pendapatan kepada mereka. Jika di kedai runcit Ah Kau itu jualan kek love mereka laju, atau di warung makan Mak Minah yang nak roboh itu jualan kek bagus, walaupun di ceruk kampung...Kami tak sampai hati untuk mengatakan tidak.
Kerana bukan semua orang berpeluang berbisnes atau supply produk di kedai-kedai besar. Kedai-kedai cantik dan moden. Kalau mereka tinggal di kampung? Kalau mereka tidak ada transport? Takkan tiada peluang untuk mereka?
Tapi, itu untuk bisnes kami yang mempunyai sistem ejen. Mungkin tak sama dengan nature of business anda.
Kami pun masih observe dan study. Study tentang sales pengedar kami. Kalau sales mereka meningkat, itulah kebahagiaan kami. Kalau sales mereka drop, kami yang sangat susah hati.
Bukan susah hati dengan bank akaun kami. Tapi risaukan dengan survival pengedar kami. Risaukan jika punca pendapatan mereka menyusut. Itu fokus kami.
Okay jutawanku sayang.. Semoga hari ini hari yang bertenaga untuk anda semua bagi menambah nilai hidup lebih ramai orang lagi!...
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..
0 comments:
Post a Comment